Assalamualaikum Zue 'Ain Syahida...Permata hati ibu....
Sesungguhnya ibu amat menyayangimu setulus hati ibu, kerana Allah Taala...
Subhanallah..
Alhamdulillah...
Allahu Akbar...
Hanya kata-kata itu yang ibu dapat lafazkan sebagai tanda syukur ibu ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi ruang, peluang dan masa kepada ibu untuk memiliki, menghayati dan mengambil ibrah daripada sebuah novel sejarah Islam yang bertajuk Sultan Muhammad Al-Fateh; Penakluk Konstantinopel..
Sesungguhnya novel sejarah ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati ibu..terutamanya dalam kehidupan ibu untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik dari hari semalam dan dalam mendidik anak kesayangan ibu, Zue 'Ain Syahida binti Muhamad Syamsyul Rizal...
Setiap kali ibu teringatkan perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh, setiap kali itulah hati ibu berasa sebu ingin menitiskan air mata...setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga ibu ucapkan kepada penulis novel, Abdul Latip Talib atas usaha yang mulia ini dengan izin Allah S.W.T.
Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.
(H.R Ahmad bin Hanbal; Al-Musnad 4/335)
Begitulah, lebih kurang bunyinya hadis nabi yang telah diucapkan oleh bibir Baginda yang mulia kira-kira 800 tahun sebelum penaklukan itu berlaku..Subhanallah....800 tahun yang lalu....
Bukan tidak ada yang cuba menakluki kota itu sebelum ini tetapi telah ramai pemimpin yang cuba...ketika zaman khalifah Ar-Rasyidin (Saidina Ali Karamullahu Wajhah)...Bani Umayyah..Bani Abbasiyyah dan hanya 800 tahun selepas itu ketika zaman Turki Uthmaniyyah barulah hadis itu menjadi kenyataan...Subhanallah...
sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah berbohong dan baginda bukanlah seorang ahli nujum tetapi semuanya berlaku kerana Allah yang Berkehendakkan begitu dan melalui nabi dan Rasul Nya itulah ianya disampaikan...Maha Suci Allah..

Kenapa pada Zaman Sultan Muhammad ????
-Kerana hanya pada zaman itu dan ketika itu sahaja yang mempunyai, pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyatnya yang baik..
Apakah sebelum itu tidak ada yang seumpama itu????
-YA, dahulu ibu pernah terbaca atau terdengar bahawa ketika Rasulullah dan zaman Khulafa' Ar-Rasyidin pemimpinnya bertaqwa dan begitu juga rakyatnya..selepas itu, hanya rakyat bertaqwa tetapi tidak pemimpinnya (Kerajaan bani Umayyah dan Abbasiyyah) dan kemudiannya pemimpin bertaqwa tetapi tidak pula rakyatnya (Turki Uthmaniyyah) dan kini..dunia akhir zaman..pemimpin dan rakyatnya sama2 tidak bertaqwa..Astagfirullah al-a'zim..

Namun, ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh..mereka benar2 mengikut Sunnah Nabi S.A.W...baik pemimpinnya, tenteranya dan rakyatnya dari segenap aspek kehidupan...sebab itulah Allah memilih mereka...Subhanallah....
Bagaimana caranya????
Sultan Muhammad Al-Fateh sentiasa mengikut cara dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W baik dalam aspek kehidupannya..sifatnya...strategi ketenteraannya..politiknya...semuanya adopt and adapt cara nabi Muhammad S.A.W
Tentera Sultan Muhammad Al-Fateh pula telah diberi pengukuhan dalam agama..siangnya mereka berlatih tentang strategi ketenteraan namun pada malamnya Sultan Muhammad meminta tenteranya bangun qiamulail dan mengaji Al-Quran..Tenteranya juga dilatih untuk menjadi orang yang bertaqwa dan syahid demi agama Allah yang tercinta dan mereka tidak dibenarkan melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah..termasuklah menakut-nakutkan penduduk kampung..
Rakyatnya pula tidak dibenarkan melakukan penipuan dalam berjual beli..ikramu duyyuf (menghormati tetamu)..bersedekah dan semua perbuatan sepertimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W
Semua ini berlaku kerana pada suatu hari, Sultan bersama-sama ayahandanya Sultan Murad dan seorang gurunya Syeikh Syamsuddin Al-Wali telah menyamar sebagai orang miskin keluar bagi menyelidiki bagaimana kehidupan rakyatnya (sepertimana Saidina Umar Al-Khattab) untuk mengetahui adakah tentera dan rakyatnya terdiri dari orang-orang yang baik..namun mereka hampa..kerana ternyata tentera dan rakyatnya masih hidup dalam kebejatan agama..kerana itulah baginda sultan berusaha memperbaiki moral dan akhlak rakyat-rakyatnya supaya bersesuaian dengan hadis nabi yang lebih kurang sama maksudnya:

Kota Konstantinopel hanya boleh ditakluk oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik
dan rakyatnya yang baik..
Hal ini amat dititikberatkan oleh baginda Sultan kerana pemimpin sahaja yang baik tidak mencukupi tetapi ianya mestilah merangkumi segala bala tentera dan rakyat jelatanya agar Sabda Rasulullah S.A.W dapat direalisasikan..insyaAllah..

No comments:
Post a Comment