8.5.12; Tue- Alhamdulillah pada hari ini ibu berkesempatan lagi mencoretkan sesuatu untuk menjadi ingatan pada kita berdua..Sayangku, Zue Ain pada hari ini ibu ingin ceritakan siapakah dia atuk, nenek, moyang dan saudara mara Zue Ain...daripada mana kita berasal..keturunan yang bagaimanakah...tujuan ibu mengabadikan dalam blog ini adalah supaya cerita sebegini dapat menjadi perangsang bagi kita untuk terus dekat dengan Allah dan memperbanyakkan ibadat kita kepada Yang Maha Pencipta...mana yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..InsyaAllah...
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali....Al-fatihah....
Sebelum itu izinkan ibu terlebih dahulu mencoretkan salasilah keluarga kita dulu...InsyaAllah
Zue Ain --> Ibu (Siti Shahra) --> Tok (Patimah)---> Moyang (Teh)--->Nyang (Mohd Amin)--->Tok Nyut
+ +
Tok Ki (Muda) Moyang(Abdullah)
TOK KI (Muda bin Abdul Rahman)
Siapakah tok ki?? Beliau ialah ayah yang sangat ibu hormati dan kasihi..Alhamdulillah jikalau ibu dirundung rasa sedih atau sakit kepala sehingga x dapat tidur pasti tok ki akan datang dalam mimpi ibu lalu jiwa ibu pun akan menjadi setenang air...alhamdulillah..walaupun tok ki telah meninggal seminggu selepas ibu bertunang dengan ayah tapi kehangatan kasih sayang tok ki masih dapat ibu rasakan hingga ke hari ini...semoga Allah menempatkan roh tok ki di kalangan orang-orang yang dikasihi dan dicintai Allah..Ameen Ya Rabb.
Baiklah sekarang ibu akan ceritakan pada Zue Ain bagaimana cara hidup tok ki Zue Ain...Ibu masih ingat lagi semenjak ibu masih kecil jika ibu terkejut pada waktu malam pasti ibu akan mendengar sayup-sayup suara insan mengaji...mmg itulah tok ki Zue Ain..siang atau malamnya sentiasa dihiasi dengan bacaan Al-Quran..bagi ibu, sepanjang ibu hidup bersama tok ki susah ibu nak lihat tok ki buat perkara lain selain daripada mengaji, sembahyang sunat dan ke masjid...
Tok ki jam 4.00-4.30 pagi sudah bangun qiamulail dan mengaji...masuk subuh, tok ki akan terus ke masjid..pagi, tok ki akan solat dhuha dan mengaji pastu zohor ke masjid lagi..kemudian sambung mengaji dan solat asar di masjid..balik asar mengaji..dan maghrib bawa ke isyak berada di masjid....balik rumah lepas isyak barulah makan nasi, tgk tv, mengaji dan tido...begitulah hari2 tok ki...dan waktu di celah-celah antara masjid n mengaji tu la tok ki makan, tido, mencari rezeki dan lain-lain..
Teringat juga ibu ketika tok ki sakit dulu..selalu tok ki tanya da pukul brapa sebab tok ki x sabar nak tahu da masuk waktu solat ke tidak sebab tok ki nak sembahyang...bleh kata setiap setengah jam atau sejam pasti tok ki akan tanya pukul berapa..tok ki walaupun sudah xde kudrat nak bangun tapi dikuatkan juga supaya dapat ambil wudhu' di bilik air..pastu dengan sepenuh kudrat juga digunakan untuk solat atas sejadah secara duduk walaupun sebenarnya untuk duduk sebenarnya sudah cukup menyayat hati ibu lihat...sembahyang n mengaji tidak pernah dipandang remeh oleh tok ki dan begitulah dia mendidik anak-anaknya..solat mesti di awal waktu...
 |
| Ni la arwah Tok Ki kat Taman Tamadun Islam |
MOYANG (Teh binti Mohd Amin)
Bagaimana pula peribadi moyang...moyang adalah seorang wanita yang sangat lembut perwatakannya..sangat kuat beribadah juga dan seorang isteri yang solehah dan taat pada ibu bapa dan suaminya..Moyang meninggal di rumah Tok di Kampung Manir, Kuala Terengganu..ketika itu ibu baru darjah enam (1997). Moyang ketika itu tidur dalam bilik yang sama dengan ibu dan Mak Ja..Moyang sangat menyayangi ibu dan Mak Ja..sebenarnya moyang tinggal di Kampung Gong Tok Nasek tetapi moyang selalu tinggal di Manir sebab ibu dan Mak Ja selalu mengajak moyang tidur di rumah Manir..kerana tidak mahu menghampakan cucu-cucunya maka dituruti juga karenah kami berdua...
Sepanjang hidup moyang, moyang juga seorang yang suka bangun malam untuk bertahajud sama seperti tok ki...moyang juga seringkali berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan puasa2 sunat yang lain sepertimana yang dianjurkan Islam, suka mengaji al-quran, suka menghadiri majlis-majlis ilmu dan suka ke masjid...ketika moyang meninggal, kebanyakan orang yang sempat menatap wajah moyang ketika itu akan menitiskan air mata kerana berserinya wajah moyang..
Detik-detik terakhir moyang...Moyang meninggal di hadapan bilik ibu..pada hemat kami moyang bangun pada pagi itu untuk bersahur..kerana moyang meninggal pada hari Isnin...dan ketika tok ki bangun untuk solat tahajud..tok ki menjumpai moyang terbaring di hadapan bilik ibu..ada muntahan nasi di bibir moyang...
pada ketika itu ibu sedang tidur, dan ibu terdengar suara tok memanggil-manggil moyang.."mok bangun mok...mok bangun mok.mok bnagun mok...bakpe tidur sini mok"..huhu..lantas ibu pun bangun nak terlihat moyang terbaring kaku di hadapan bilik ibu...ibu pun terus menelefon sanak saudara agar datang ke rumah untuk melihat keadaan tok...waktu itu belum masuk waktu subuh...{Moyang meninggal dalam ibadat...puasa sunat...alhamdulillah}
NYANG (Mohd Amin) & TOK NYUT
Nyang dan Tok Nyut adalah ayah dan atuk moyang..alhamdulillah mereka juga meninggal dalam keadaan husnul khotimah...Ibu x sempat untuk berjumpa mereka tetapi berdasarkan cerita yang disampaikan oleh Tok, Pok De( Azmi bin Talib) dan arwah Moyang dapatlah ibu sampaikan pula kepada Zue Ain.Namun mungkin ceritanya bercampur antara satu sama lain..huhu
Mengikut cerita yang disampaikan oleh Tok, Nyang juga seorang lelaki yang soleh..bagaimana kehidupannya ibu tidak tahu cuma tok pernah menceritakan kepada ibu sehingga sekarang Nyang masih terkenal di Kampung Gong Tok Nasek sebagai seorang lelaki yang soleh..kuburan Nyang berada di bawah Masjid Gong Tok Nasek..di ceritakan pada suatu masa dahulu setiap bayi yang baru dilahirkan oleh penduduk kampung akan dibawa ke kuburan Nyang lalu di letakkan kaki bayi tersebut atas kubur Nyang kononnya ingin mendapat berkat sebelum bayi tersebut mula boleh melangkah kemudian di basuh kaki bayi tersebut di sebuah tempayan di kuburan Nyang..Namun ahli keluarga terdekat kita tak ada pun yang berbuat demikian pada anak-anak cucu mereka...huhu
Tok juga pernah menceritakan bahawa pernah suatu hari tempayan yang digunakan untuk membasuh kaki itu telah diambil oleh seseorang kerana dia merasa rugi tempayan itu dibiarkan sebegitu rupa sedangkan keadaan tempayan itu masih elok lagi...ternyata setelah lelaki itu membawa pulang tempayan itu dia telah mengalami cirit birit yang tidak berhenti-henti...setelah tempayan itu diletakkan di tempat asal barulah cirit biritnya hilang...Wallahu a'lam
Selain itu, pernah tahun 2011 masjid Kampung Gong Tok Nasek ingin dinaik taraf dan memerlukan semua kuburan disekitarnya dipindahkan dan seorang imam di masjid itu telah mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar supaya kerajaan membatalkan niat tersebut kerana tedapat sebuah makam orang soleh di bawah masjid tersebut..lalu proses pembesaran masjid hanya dilebarkan ke tanah sebelah sahaja dan masjid tersebut tidak dirobohkan...
Bagaimana pula pengakhiran hidup Nyang...tok menceritakan ketika itu Nyang sedang solat..namun ketika pada rukun sujud....Nyang sujud terlalu lama daripada biasa..oleh kerana perbuatan Nyang ini menghairankan mereka, mereka pun ingin mengejutkan Nyang ternyata Nyang telah meninggal ketika sedang sujud kepada Allah Subhanallahu Taala...Alhamdulillah Nyang juga meninggal dalam keadaan husnul khotimah...ketika sujud dalam solat...
Tok Nyut?? Ibu x pasti bagaimana peribadi TokNyut..namun diceritakan... Tok Nyut adalah mubaligh yang datang ke negara ini dengan membawa Islam...Tok Nyut dikatakan telah membuka sebuah pulau di Negeri Johor...Jika tidak silap Pulau Wau..(Kena pastikan dengan Pok De sebab Pok De lebih arif perihal asal keturunan kita..menurut Pok De ada juga beberapa barang kepunyaan Nyang dan Tok Nyut yang berada di Muzium Negeri Terengganu termasuklah baju T-shirt putih yang mempunyai ayat2 al-quran di atasnya). Pernah suatu masa dahulu ada orang ingin mencari keturunan Tok Nyut di Negeri Terengganu kerana kerajaan Negeri Johor ingin mengambil balik pulau tersebut..tetapi arwah Moyang dan keluarga hanya halalkan sahaja jika kerajaan Johor mengambil balik pulau tersebut...menurut Tok begitulah orang yang hatinya tertaut dengan Allah..segala harta dunia bukan ingin digenggamnya cukuplah sekadarnya sahaja...
Menurut cerita yang disampaikan oleh arwah Moyang...ketika Tok Nyut ingin menghembuskan nafas terakhirnya...beliau meminta arwah moyang memanggil semua adik beradik untuk berkumpul kerana menurutnya ajalnya sudah dekat..ketika semua orang telah berkumpul maka arwah Tok Nyut pun meminta maaf kepada semua lalu diminta arwah Moyang untuk menolong beliau mengambil wudhu...arwah moyang pun menuruti permintaan beliau...ketika arwah Moyang mengambil wudhu sampai ke kaki Tok Nyut maka berakhirlah nyawa Tok Nyut...alhamdulillah begitulah pengakhiran arwah Tok Nyut..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh dan dicintai Allah...ameen Ya Rabb..
Semoga cerita sebegini dapat menjadi pencetus semangat kepada kita untuk menuruti jalan seperti mereka...InsyaAllah....Ibu sentiasa mendoakan Zue Ain agar menjadi seorang muslimah yang solehah dan bertaqwa kepada Allah..juga menjadi ahli syurgaNya tanpa dihisab..Ameen Ya Rabbal A'lamin