Saturday, 28 July 2012

Memilih pemimpin terbaik..


29.7.12; Sun - Assalamualaikum w.b.t buat permata hati dan belahan hati ibu..Ibu doakan agar Zue Ain sihat dan berada dalam redhaNya setiap detik... setiap nafas yang bergetar dalam jasad mu yang indah itu..

Ketika ini Zue Ain masih lagi berusia setahun 9 bulan dan insyaAllah usia anak ibu ini akan semakin bertambah dari hari ke hari sehingga satu demi satu kewajipan akan diletakkan atas bahu sayang yang mana ianya adalah amanah dari Allah S.W.T..

Salah satu amanah yang perlu Zue Ain penuhi kewajipannya suatu hari nanti ialah KEWAJIPAN  MENGUNDI yakni memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk menerajui negara kita agar selaras dengan kehendak agama.

Mengundi itu dalah wajib kerana suatu hari nanti kita pasti akan ditanya siapa pemimpin yang telah kita pilih. Mahu atau tidak..suka ataupun benci kita tetap dipertanggungjawabkan untuk mengundi. Namun begitu, kita sebagai rakyat biasa dan sifat kita yang serba lemah maka adalah sukar untuk kita memilih yang terbaik kerana kita hanya bersandarkan pada media massa yang kebanyakannya telah dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu bagi menutup kelemahan masing-masing di samping menjatuhkan pihak lawan.

Dengan itu, kembalilah kepada Allah S.W.T dan bertaqwa lah sayang...maka apa yang boleh Zue Ain lakukan ialah SOLAT ISTIKHARAH...Serahkan segalanya pada yang menguasai alam ini...Serahkan padaNya apa yang diredhaiNya...InsyaAllah cara ini lebih selamat dan aman untukmu sayang...

Banyak orang yang hanya fikir bahawa solat istikharah dilakukan  hanya untuk memilih jodoh terbaik...kerja terbaik...sekolah terbaik dan lain-lain lagi tapi banyak yang lupa solat istikharah juga perlu dilaksanakan bagi memilih parti dan pemimpin yang terbaik..untuk keselamatan dunia dan akhirat kita..InsyaAllah...hal ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W yang mulia yang bermaksud:

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Maka, di bawah akan ibu kongsikan tatacara melaksanakan solat istikharah untuk dijadikan panduan buat anak ibu..semoga ditunjukkan jalan orang-orang yang diberi ni'mat bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan juga jalan orang-orang yang Kau sesatkan (Surah Al-fatihah;)

Waktu
Solat sunat Istikharah lazimnya dilakukan pada 2/3 malam iaitu sewaktu keadaan tenang apabila kesibukan malam telah hilang. Tujuannya supaya hati tenang dan jiwa kusyuk bermunajat dengan Illahi, Tuhan yang Maha Agung. Bagaimanapun solat Istiharah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja yang diharuskan solat (kecuali pada waktu-waktu haram solat seperti selepas solat Asar dan solat Subuh.)

Lafaz Niat Solat Istikharah

  

Niat
Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala

Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Ketika sujud terakhir disarankan agar membaca ayat dari surah Surah Al-Baqarah :32 sebanyak 40 kali tapi perkataan "Qolu" itu tidak perlu disebutkan.
2:32

sambil-sambil mengulang-ulang bacaan itu Zue Ain boleh susuli dengan doa dalam hati tujuan solat istikharah itu dilakukan.

Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Doa Solat Istikharah



“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

Setelah Selesai Solat

Baiklah..setelah selesai solat dilakukan..jika waktu itu waktu malam maka Zue Ain boleh la kembali ke tempat peraduan (tidur) dan tidurlah dalam keadaan wudhu' dan mengadap kiblat..sebelum tidur berzikirla sebanyak mungkin sehingga tertidur dan mohon pada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Berkehendak agar diberi petunjuk atas segala permasalahan yang dihadapi.. InsyaAllah Allah S.W.T yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih akan tunjukkan jalan serta dipermudahkan urusan anak ibu yang tersayang ini...

Petunjuk

Petunjuk dari Allah kesan dari solat Istikharah merupakan satu yang sukar untuk kita tahu. Walaubagaimanapun ulama' telah membuat garis panduan berkaitan hal ini. InsyaAllah saya cuba nukilkan di sini setakat yang saya jumpa mengenainya.

Cara-caranya: Imam Nawawi menjelaskan syarat utama sebelum solat istikharah ialah minda kita hendaklah benar-benar bebas tanpa sebarang kecenderungan pendapat peribadi. Jika kita telah ada keputusan dan kecenderungan hati, lebih baik kita jangan berdiri melakukan solat istikharah. Maksudnya janganlah kita mengutamakan sesuatu yang sudah berat dalam jiwa kita sebelum solat. Solat hendaklah dilakukan dengan khusyu', memilih waktu yang tenang dan sunyi, serta membaca do'a yang makthur yang diajar oleh Nabi saw dalam hadis Jabir dari riwayat Bukhari.

Tanda-tanda atau petunjuk:
An-Nawawi menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dan sebagainya. Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.

Prof. Mutawalli Sya'rawi r.h (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktor. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati sepertimanayang telah dijelaskan oleh Ibn Qayyim seperti di atas. Allahu a'alam
(petikan ini ibu ambil dari website: http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id140.html)

Semoga segala penjelasan yang telah ibu berikan dapat membantu Zue Ain dalam pelbagai urusan yang melibatkan kekeliruan hati termasuklah dalam soal memilih pemimpin yang baik..InsyaAllah..

Love,
Ibumu Shahra

Wednesday, 18 July 2012

Bertemu Rasulullah

19.7.12; Wed -

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga dan para sahabat baginda yang mulia...


Subhanallah...

Sebuah perkongsian daripada bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang sangat memberi kesan yang mendalam dalam hati ibu...Semoga Zue Ain juga mendapat ibrah dan manfaat dari cerita yang disampaikan..InsyaAllah..



Duhai belahan hati ibu..Zue Ain Syahida..
Sama-sama lah kita berusaha dan bermohon pada Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang agar diberi kesempatan kepada kita untuk berjumpa Rasulullah S.A.W ketika di dunia ini biarpun hanya dalam mimpi dan seterusnya mendapat syafaat Nabi S.A.W yang mulia di akhirat nanti...ameen

Di bawah ibu sertakan video ceramah yang disampaikan oleh seorang ulama terkenal Habib al-Jufri tentang bagaimana cara kita semua dapatlakukan agar kita semua dapat diberi rezeki oleh Allah yang Maha Berkuasa untuk bermimpi Rasulullah S.A.W. Habib al-Jufri ialah seorang ulama yang sangat mrah dengan senyuman itu dikatakan salah seorang daripada keturunan Nabi Allah yang mulia Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib. Semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah yang mana ianya lebih luas dari dunia dan segala isinya..InsyaAllah..



Jom kita sama-sama belajar yer, sayang...



Antara intipati ceramah yang dapat ibu kongsikan ialah:
1. MINTALAH dan mintalah dari hati, memohon pada Allah S.W.T untuk mendapatkannya
2. BANYAKKAN BERSELAWAT ke atas baginda baik dalam kereta, berjalan atau apa sahaja yang kita lakukan.
3. MENGAGUMKAN SUNNAH baginda yakni melakukan sunnah nabi S.A.W dengan penuh kecintaan dan keagungan
4. KHIDMAT kepada umat baginda (Islam @ Kafir) yakni hendaklah kamu hidup dengan selalu berfikir unuk berkhidmat pada orang lain dan bukannya hidup dalam keangkuhan.
5. MENYEBARKAN DAKWAH baginda Nabi S.A.W

Maka untuk memupu lagi rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W maka kita semua perlulah perbanyakkan membaca sirah, keperibadian dan keistimewaan Nabi S.A.W

InsyaAllah suatu hari nanti dengan doa, usaha, pengharapan dan cinta yang bersungguh-sungguh maka Allah S.W.T pasti akan membuka hijab kita untuk melihat wajah Nabi Allah yang mulia itu...InsyaAllah

Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk melihat wajah Nabi Mu yang mulia..Ammeen

Love,
Ibumu Shahra


Sunday, 15 July 2012

perkembangan Zue ain

16.7.12; Mon - Semalam apabila ibu lihat Zue ain da mula nak pandai cakap, terdetik dalam hati ibu untuk mengabadikan kenangan perkembangan Zue Ain pada entry kali ini. Hal ini kerana ibu tak nak terlepas peluang ataupun lupa akan setiap kenangan kita bersama. InsyaAllah

Baiklah..

SEMASA MENGANDUNG

1.5.2010
Zue Ain 5 Bulan dlm kandungan

Alhamdulillah..sepanjang tempoh mengandungkan Zue Ain..ibu tidak banyak mengalami alahan..sebelah pagi selama 4 bulan pertama tu ada juga la ibu muntah2 waktu pagi..tapi bila kandungan yang semakin membesar ibu langsung tak rasa penat atau berat..ibu ingat lagi ketika 7/8 bulan ibu masih boleh berlari menaiki tangga sekolah sebab da terlewat..hehe..masa usia kandungan 9 bulan pula ibu masih boleh berlari dan melompat macam orang tak mengandung..hehe..sampai Tok, Mak Da dan Mak Aja marah kat ibu...hikhik..cuma kadang-kadang sahaja ibu rasa sakit mencucuk-cucuk sikit kat bahagian bawah perut... =)

SAAT KELAHIRAN                                                                                             
Zue Ain dilahirkan pada hari Rabu, 8.9.2010 bersamaan 29 Ramadhan 1431 jam 6.13 pagi. Tetapi ibu kena admit ke hospital awal iaitu pada 6.9.12 kerana menghidapi kencing manis semasa mengandungkan Zue Ain lagipun masa ibu check up pada 6.9.12 tu sudah 2cm bukaan. Alhamdulillah ibu tak kena induce..Zue Ain lahir secara normal tanpa dipaksa..Pada peringkat awal ibu ketuban darah pada 6.9.12 tapi malam 7.9.12 tu ibu ketuban air dan ibu masuk ke labor room hampir jam 12 tengah malam. 

Alhamdulillah proses kelahiran Zue Ain benar-benar dipermudahkan Allah..Ibu tidak berasa terlalu sakit seperti mana yang diceritakan oleh kebanyakan orang. Sepanjang dari jam 12 hingga 5.45 pagi tu ibu hanya tidur. Bila ketua bidan datang tanya berapa kali contraction dalam 10 minit..Ibu jawab "X tahulah saya tidur" huhu..bila dia suruh kira ibu kira..satu..kemudian ibu tidur..bila rasa contraction lagi..dua..kemudian tidur lagi sampai la ibu kira 5 kali setiap 10 minit..huhu..kemudian jam 5.45 pagi doktor datang check jalan kemudian dia cakap "da 10cm ni, bleh la beranak" masa tu barulah ibu bersedia meneran walaupun masih dalam keadaan mamai kerana bar bangun dari tidur..dan ibu terus-menerus meneran sampai Zue Ain selamat dilahirkan tepat 6.13pagi pada 8.9.10..Alhamdulillah..

       

Ni video dan gambar Zue Ain masa baru sahaja diletakkan bersama ibu di dalam wad kira2 jam 9 pagi.

HARI RAYA PERTAMA
Pada 1 Syawal 1431 adalah hari raya Aidilfitri yang pertama Zue Ain..Ketika itu Zue Ain baru berumur 2 hari..Selamat Hari Raya, Sayang...

Hari raya pertama Zue Ain: Usia 2 hari


Gambar ini diambil oleh Ayah Ngah (Tolahah Muda) pada hari raya pertama Zue Ain
Ada peristiwa sedih bagi ibu sejurus selepas program mengambil gambar Zue Ain pada hari raya pertama ini..huhu..Selepas seseorang ibu telah selamat melahirkan anak mereka yang tercinta maka mereka perlu melaporkan kelahiran tersebut pada klinik yang berdekat supaya jururawat yang bertugas akan melawat rumah ke rumah bagi tujuan memriksa ibu dan anak..

Maka pada 9.9.10 jururawat datang ke rumah dan menyatakan Zue Ain sihat, aktif menyusu tetapi agak kuning sedikit..dan dia menyuruh jururawat yang bertugas keesokkannya untuk melihat samada Zue Ain masih kuning lagi ataupun tidak..namun jururawat yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba dan ibu melihat Zue Ain telah menjadi semakin kuning..huhu..oleh sebab naluri hati seorang ibu merasakan anaknya seorang ini tidak begitu sihat maka dirujuknya pada Dr.Zamri anak saudara ibu dan beliau mengesahkan Zue Ain kuning dan menyarankan Zue Ain dibawa ke Klinik Hiliran untuk memeriksa darah..dan ternyata kuning Zue Ain sangat tinngi dan perlu dimasukkan ke dalam wad dengan kadar segera dan dirujuk sebagai kes emergency..huhu..Semasa Zue Ain kena tahan wad bersendirian..hati ibu sangat sedih..melihat tilam Zue Ain atas katil ibu..ibu menangis..melihat gambar Zue Ain..ibu turut menitiskan air mata..walaupun ibu hanya perlu mengirimkan susu ibu kepada Zue Ain tetapi ibu berkeras ingin turut ke hospital dan menysukan sendiri Zue Ain dan berada bersama-sama Zue Ain walaupun ayah agak tidak setuju memandangkan ibu masih dalam pantang..tapi demi anak ibu..belahan hati ibu..ibu sanggup..asalkan dapat bersama mu sayang...Alhamdulillah hanya 2,3 hari sahaja Zue Ain di tahan dalam wad..

TALI PUSAT TERTANGGAL


Pada hari keenam..tali pusat Zue Ain telah tertanggal...alhamdulillah..menurut tok, Zue Ain paling cepat tercabut tali pusat..sama dengan Kak Hanim anak Mak Da..Kak Balqisy dan Kak Najma hampir dua minggu baru tercabut tali pusat.

MENIARAP
Zue Ain mula-mula boleh meniarap/ membalikkan badan pada usia 2 bulan...Ya Allah sangat cepat..Pada masa itu, Zue Ain temankan ayah yang sedang bermain laptop dan ayah letakkan Zue Ain atas sofa..tiba-tiba ayah memanggil ibu yang berada dalam bilik untuk beritahu yang Zue Ain dah boleh membalikkan badan..Ibu sangat excited untuk melihatnya..dan Alhamdulillah ibu dapat menyaksikan perkembangan Zue Ain yang pertama itu..Zue Ain meniarap dan mengesot/menjulur lama jugak...lebih kurang usia 8 bulan barulah Zue Ain mula merangkak..huhu..lama ibu tunggu...setiap hari tertanya-tanya bila lah Zue Ain mula nak merangkak..hehehe..tak sabar sebab terlalu teruja...yang pasti semakin lama semakin laju..sampai tak terkejar ibu..sambil2 mengelap lantai..hehhe

 

MERANGKAK 


Zue Ain mula merangkak pula masa usia 8 bulan. Banyak orang bercakap yang Zue Ain nanti mungkin terus boleh berjalan macam ibu..sebab lama sangat meniarap. Ibu dulu dari meniarap terus berjalan dan langsung tak merangkak..huhu..advance satu step sebab dulu tok selalu letak ibu dalam baby walker tu yang tak belajar merangkak..hehe..ibu beli jugak baby walker kat Zue Ain sebab ibu kesian kat Zue Ain yang selalu makan macam-macam benda yang ada atas lantai dan bila ibu makan kat meja Zue Ain pun sama nak duk sama..hehe..Tapi ibu jarang-jarang letak Zue Ain kat dalam tu tapi bila ibu letak je..wah...bukan main seronok lagi...laju je mengelonsor kiri ke kanan sambil ketawa-ketawa...hehe..ni gambar Zue Ain dengan baby walker nya..suka nyer diaaa... =)




MULA BERJALAN
Zue Ain merangkak tak lama..dalam usia 11 bulan Zue Ain da mula bertatih-tatih berjalan..ini berkat ibu, ayah dan pengasuh Zue Ain masa tu nama Kak Zaiton selalu pimpin Zue Ain dan beri galakan Zue Ain agar berjalan walaupun asyik terjatuh-jatuh tapi kami seronok tengok Zue Ain da mula nak jalan...cute sangat...hehe..ni gambar hari  raya Zue Ain yang kedua..masa ni baru je boleh jalan..usia 11 bulan pada 30 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432

 Zue Ain suka memanjat sana memanjat sini..suka panjat dan duk atas meja kaca..seorang yang berani, suka mencuba dan tiada perasaan takut..huhu


Zue Ain pandai bersosial dan suka berkawan dengan orang ramai..kalau ibu bawake sekolah pada hari Ko-ko macam orang tua berkawan dengan kakak-kakak darjah 4-6 duk atas padang main sama-sama..huhu

Wednesday, 11 July 2012

Mustafa Kamal Ataturk

12.7.12; Thu -

Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran, jika tidak Allah akan melantik raja yang zalim memerintah kamu, dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda, di waktu itu, doa orang alim pun tidak akan di terima Allah. Kamu meminta bantuan tapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkan mu!"
(Hadis di atas ini ibu amik dari seorang yang meng'uploadkan' selawat dari youtube yang bertajuk SELAWAT JIBRIL DAN ZIKIR..namun malang sekali ibu tidak dapat mencari dari siapa matan hadis itu telah disampaikan..maafkan ibu atas segala kekurangan dan kelemahan ibu..maka dengan itu ibu memohon ampun dari Allah andainya hadis di atas adalah sebuah hadis yang dhaif & palsu) 

Ibu mulakan kisah tentang insan yang bernama Mustafa Kamal Ataturk yang terkutuk ini dengan hadis nabi seperti di atas kerana ibu ingin menggambarkan betapa umat terakhir pada zaman pemerintahan khalifah turki uthmaniyyah ketika itu mengalami kebejatan agama yang serius. Masyarakat pada ketika itu banyak yang sudah tidak suka lagi kepada kehidupan beragama. Saling menasihati ke arah kebaikan seperti mana yang difirmankan Allah dalam surah Al 'Asr telah lama di pandang sepi oleh kebanyakan rakyatnya. Banyak yang telah terpesona dengan kehidupan materialik dan fahaman hedonisme. Oleh yang demikian ibu berpendapat hadis nabi seperti di atas telah menjadi kenyataan dengan lahirnya seorang pemimpin yang bernama Mustafa Kamal Ataturk yang terkutuk yang mendapat jolokan Bapa Sekularisme Turki. Seorang lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

Duhai Anak Ku, Sayang

12.7.12; Thu - Sekadar perkongsian dari ibu..buat peringatan kita bersama...semoga kita semua tergolong di kalangan orang-orang soleh dan solehah dan di berkati Allah dalam redha Nya..InsyaAllah...Ameen..
Video dalam entry ini ibu kongsi daripada youtube 'SELAWAT JIBRIL DAN ZIKIR; rockbebeh'.
Jom kita sama-sama hayatinya sayang...


Duhai buah hati ibu, Zue Ain..
Roh kita asalnya dekat dengan Allah,
Apabila dijauhkan dari asalnya,
Dia akan terseksa...
Kesunyian...
Dan menderita...
Seperti jiwa perantau,
Yang tercampak di bumi asing,
Sering gelisah dan
Mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan...
Jika rintihan hati kita diabaikan,
Akhirnya ia akan mati lantaran
Sakit rindu pada asalnya..
Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita,
Bahawa kita dekat dengan Allah...
Jangan seksa jiwa dan hati mu,
Dia merintih mahu pulang dari perantauan,
Dari dunia yang melekakan ini,
Bawalah hati kita kembali ke asalnya..
Asalnya yang sentiasa 'dekat' dengan Allah...



Monday, 9 July 2012

Sultan Abdul Hamid II: Pemerintah terakhir Turki Uthmaniyyah

10.7.12; Tue - Alhamdulillah ibu telah berjaya menghabiskan bacaan ibu tentang novel sejarah Islam bertajuk Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah memerintah kerajaan Turki Uthmaniyyah dan alhamdulillah ibu dapat lanjutkan pula bacaan novel sejarah Islam tentang Mustafa Kamal Atartuk. Kedua2 nya adalah sama-sama pemerintah zaman kerajaan turki Uthmaniyyah cuma bezanya bagai langit dengan bumi...bak mata hitam dengan mata putih..terlalu banyak beza antara dua individu ini..seorang cuba memartabatkan Islam dan seorang lagi pula sedaya upaya menghancurkan Islam..Astagfirullah Al 'azim...

Namun begitu, belum masanya ibu menceritakan tentang Mustafa Kamal Ataturk..tetapi ibu ingin membawa Zue Ain mendalami kisah hidup Sultan Abdul Hamid II yang memerintah Turki Uthmaniyyah ketika dajjal Mustafa Kamal Ataturk cuba memberontak...

Sultan Muhammad Al-Fateh
Sultan Abdul Hamid II
                                                                                        
 Di atas adalah dua gambar tokoh Islam yang berada pada zaman pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah..kedua-duanya bersungguh-sungguh menjaga dan cuba memartabatkan tanah air umat Islam..namun ada perbezaannya...

Sultan Muhammad Al-Fateh mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad yang bermaksud:

Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan. 
(H.R Ahmad bin Hanbal; Al-Musnad 4/335)

tetapi...
Sultan Abdul Hamid II pula mempunyai tentera yang tidak baik dan rakyat yang tidak baik..sehingga telah melenyapkan sistem pemerintahan khalifah dalam dunia Islam..bersesuaian pula dengan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: 
"Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."
(http://www.rockbebeh.blogspot.com/2007/09/amar-maruf-dan-nahi-mungkar.html)

Umat Islam pada ketika itu telah mula menolak cara kehidupan Islam yang kononnya jumud seperti katak di bawah tempurung dan tidak menurut arus globalisasi. Masing-masing sibuk mengejar harta kekayaan dan keseronokan duniawi. Budaya nasihat-menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran seperti mana firman Allah dalam surah Al 'Asr seperti masuk telinga kanan keluar ke telinga kiri. Sepi......
 
Kebanyakan bala tentera pada ketika berjuang bukan kerana Allah tetapi kerana mengejar pangkat. Ada menerima rasuah daripada orang-orang kafir untuk memusnahkan negara sendiri malah tidak kurang juga yang suka meneguk minuman haram dan berfoya-foya dengan wanita.  







Sunday, 8 July 2012

Imam Syafie

9.7.12; Mon- Alhamdulillah..hari ini ibu berkesempatan lagi untuk mencoretkan sesuatu dalam entry ini untuk dikongsikan bersama anak ibu tercinta...Zue Ain Syahida..permata hati dunia dan akhirat ibu..InsyaAllah..Semoga Allah akan merahmati kita semua dan menunjukkan kita ke jalan yang lurus yakni jalan-jalan orang yang diberi nikmat dan bukannya jalan-jalan yang Engkau murkai dan bukan juga jalan-jalan yang Engkau sesatkan...ameen...

Baiklah sayang...ibu ingin menceritakan siapa sebenarnya yang menjadi perintis kepada mazhab kita ini...MAZHAB IMAM SYAFIE..sebelum ibu menceritakan dengan lebih lanjut lagi..ibu ingin anak ibu menghayati dahulu sebuah nasyeed yang disampaikan oleh Mohamed Obaid. Nasheed ini mengadaptasi bait-bait indah sebuah syair yang ditulis sendiri oleh perintis mazhab yang kita pegang dan amalkan selama ini..Beliau lah IMAM SYAFIE r.a.

Imam syafie ialah seorang yang bertaqwa kepada Allah S.W.T dan beliau juga seorang yang zuhud..ingin ibu titipkan kepada anak yang ibu kasihi ini bagaimana peribadi dan cara hidup insan mulia ini melalui tulisannya..InsyaAllah..





 
 KENAPA IMAM SYAFIE BERTONGKAT PADA USIA 40 TAHUN


Begitulah halnya dengan orang-orang yang arif billah...hati mereka tidak tertaut dengan dunia..
Dunia ini hanya ladang untuk mereka bercucuk tanam agar dapat dituai di akhirat nanti...insyaAllah..

Anakku,
Jangan terpedaya dengan mainan dunia..sesungguhnya dunia ini umpama seorang wanita yang telah tua kerepot tetapi telah dibutakan oleh iblis laknatullah dengan segala perhiasan yang mempersonakan dan menipu daya kita semua..nauzubillahi min zalik.... 








Sultan Muhammad Al-Fateh; Turki Uthmaniyyah

9.7.12; Mon -

Assalamualaikum Zue 'Ain Syahida...Permata hati ibu....
Sesungguhnya ibu amat menyayangimu setulus hati ibu, kerana Allah Taala...

Subhanallah..
Alhamdulillah...
Allahu Akbar...

Hanya kata-kata itu yang ibu dapat lafazkan sebagai tanda syukur ibu ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi ruang, peluang dan masa kepada ibu untuk memiliki, menghayati dan mengambil ibrah daripada sebuah novel sejarah Islam yang bertajuk Sultan Muhammad Al-Fateh; Penakluk Konstantinopel..


Sesungguhnya novel sejarah ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati ibu..terutamanya dalam kehidupan ibu untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik dari hari semalam dan dalam mendidik anak kesayangan ibu, Zue 'Ain Syahida binti Muhamad Syamsyul Rizal...

Setiap kali ibu teringatkan perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh, setiap kali itulah hati ibu berasa sebu ingin menitiskan air mata...setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga ibu ucapkan kepada penulis novel, Abdul Latip Talib atas usaha yang mulia ini dengan izin Allah S.W.T.

Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan. 
(H.R Ahmad bin Hanbal; Al-Musnad 4/335)

Begitulah, lebih kurang bunyinya hadis nabi yang telah diucapkan oleh bibir Baginda yang mulia kira-kira 800 tahun sebelum penaklukan itu berlaku..Subhanallah....800 tahun yang lalu....

Bukan tidak ada yang cuba menakluki kota itu sebelum ini tetapi telah ramai pemimpin yang cuba...ketika zaman khalifah Ar-Rasyidin (Saidina Ali Karamullahu Wajhah)...Bani Umayyah..Bani Abbasiyyah dan hanya 800 tahun selepas itu ketika zaman Turki Uthmaniyyah barulah hadis itu menjadi kenyataan...Subhanallah...

sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah berbohong dan baginda bukanlah seorang  ahli nujum tetapi semuanya berlaku kerana Allah yang Berkehendakkan begitu dan melalui nabi dan Rasul Nya itulah ianya disampaikan...Maha Suci Allah..

Kenapa pada Zaman Sultan Muhammad ???? 
-Kerana hanya pada zaman itu dan ketika itu sahaja yang mempunyai, pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyatnya yang baik..

Apakah sebelum itu tidak ada yang seumpama itu????
-YA, dahulu ibu pernah terbaca atau terdengar bahawa ketika Rasulullah dan zaman Khulafa' Ar-Rasyidin pemimpinnya bertaqwa dan begitu juga rakyatnya..selepas itu, hanya rakyat bertaqwa tetapi tidak pemimpinnya (Kerajaan bani Umayyah dan Abbasiyyah) dan kemudiannya pemimpin bertaqwa tetapi tidak pula rakyatnya (Turki Uthmaniyyah) dan  kini..dunia akhir zaman..pemimpin dan rakyatnya sama2 tidak bertaqwa..Astagfirullah al-a'zim..

Namun, ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh..mereka benar2 mengikut Sunnah Nabi S.A.W...baik pemimpinnya, tenteranya dan rakyatnya dari segenap aspek kehidupan...sebab itulah Allah memilih mereka...Subhanallah....

Bagaimana caranya????
Sultan Muhammad Al-Fateh sentiasa mengikut cara dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W baik dalam aspek kehidupannya..sifatnya...strategi ketenteraannya..politiknya...semuanya adopt and adapt cara nabi Muhammad S.A.W

Tentera Sultan Muhammad Al-Fateh pula telah diberi pengukuhan dalam agama..siangnya mereka berlatih tentang strategi ketenteraan namun pada malamnya Sultan Muhammad meminta tenteranya bangun qiamulail dan mengaji Al-Quran..Tenteranya juga dilatih untuk menjadi orang yang bertaqwa dan syahid demi agama Allah yang tercinta dan mereka tidak dibenarkan melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah..termasuklah menakut-nakutkan penduduk kampung..

Rakyatnya pula tidak dibenarkan melakukan penipuan dalam berjual beli..ikramu duyyuf (menghormati tetamu)..bersedekah dan semua perbuatan sepertimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Semua ini berlaku kerana pada suatu hari, Sultan bersama-sama ayahandanya Sultan Murad dan seorang gurunya Syeikh Syamsuddin Al-Wali telah menyamar sebagai orang miskin keluar bagi menyelidiki bagaimana kehidupan rakyatnya (sepertimana Saidina Umar Al-Khattab) untuk mengetahui adakah tentera dan rakyatnya terdiri dari orang-orang yang baik..namun mereka hampa..kerana ternyata tentera dan rakyatnya masih hidup dalam kebejatan agama..kerana itulah baginda sultan berusaha memperbaiki moral dan akhlak rakyat-rakyatnya supaya bersesuaian dengan hadis nabi yang lebih kurang sama maksudnya:

Kota Konstantinopel hanya boleh ditakluk oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik
 dan rakyatnya yang baik..

Hal ini amat dititikberatkan oleh baginda Sultan kerana pemimpin sahaja yang baik tidak mencukupi tetapi ianya mestilah merangkumi segala bala tentera dan rakyat jelatanya agar Sabda Rasulullah S.A.W dapat direalisasikan..insyaAllah..

Sunday, 1 July 2012

Menguruskan kewangan


2.7.12; Mon- Hari ini ibu ingin berkongsi dengan zue ain bagaimana ingin menguruskan kewangan. Isu ini walaupun remeh tetapi ia sangat penting kerana jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kewangan ini maka akan kelam kabutlah hidup kita semua..huhu..Ibu hanya kongsikan pengalaman ibu sahaja tapi mungkin dari sudut wealth planner lain pula...huhu..mungkin ini agak MEMBOSANKAN jadi ibu letaklah  animation ckit2..
HAPPY READING DEAR ZUE AIN

PENDAPATAN
Ok, mula-mula kita mestilah melihat berapa pendapatan kita ada..maksudnya berapa aset cair setiap bulan yang kita dapat..

1. GAJI                                 : RM 3200
2. SEWA RUMAH                : RM   800
3. SAHAM                            : RM 5000
                                              ___________
JUMLAH                                RM 9000              (A)
                                               ___________

PERBELANJAAN
Ok, setelah kita tahu apa yang telah kita peroleh setiap bulan..sekarang kita perlu tahu pula apa perbelanjaan yang kita akan belanjakan pada setiap bulan. Perbelanjaan yang tetap tau yang mesti dikeluarkan pada setiap bulan..

1. BAGI NENEK                 : RM  300
1. SEWA RUMAH               : RM  250
2. PINJAMAN BANK         : RM1300
3. BIL UTILITI                     : RM  300
4. KERETA                          : RM 1100
                                             __________
JUMLAH                             : RM 3250             (B)               
                                             __________

BAKI                                   : A - B
                                            : RM 9000 - RM 3250
                                            : RM 5750 (C)



MERANCANG KEWANGAN
Setelah kita tahu berapa baki duit kita ada jadi sekarang bolehlah kita merancang kewangan kita...berapa nak simpan..berapa nak belanja...dan berapa nak bajet untuk bayar roadtax n insurance kereta atau ape2 je la..

i) SIMPANAN
ok, sekarang kita da tahu kan berapa baki duit yang kita ada..jadi kita akan merancang untuk simpanan dulu..paling sedikit yang perlu kita simpan ialah 30% dari baki yang ada...

30% daripada RM 5750 ialah = RM 1725 (D)
jadi simpanan yang harus disimpan secara tetap setiap bulan ialah RM 1725.. da tetap berapa nak simpan jadi betul2 kena simpan la tak boleh guna tau sayang...ingat!!! hehehe...

ii)PERBELANJAAN BERKALA
ok..sekarang da tahu berapa nak simpan jadi sekarang kita nak tentukan pula berapa kita nak simpan untuk perbelanjaan yang memerlukan kita bayar secara tahunan seperti roadtax dan insurance keta..kalau kita nak bayar secara lump sum mungkin agak berat sedikit..jadi kita kenalah berdikit-dikit simpan supaya tidak menyusahkan hidup kita di kemudian hari..
ok, jom kita kira, sayang!!!
roadtax & insurance = RM1700
                               = RM 1700/ 12 bulan
                               = RM 141.67
                               ~ RM 200  (E)
                               = RM 200 x 12
                               = RM 2400 (baki lagi RM700)

jadi, setiap bulan kita perlu simpan setiap bulan ialah RM 200..da kita simpan lebih, jadi kita boleh la guna duit tu untuk service kereta nanti..hehe

iii) BELANJA SHOPPING LA PULAK =P
baiklah, kita da tahu berapa kita nak simpan samada untuk simpanan atau perbelanjaan berkala. Jadi sekarang kita akan tentukan pula berapa yang kita nak peruntukan untuk belanja..hehe..part ini mmg ibu suka..hihihihi =P

ok, walaupun ibu suka shopping dan suka bebenor menderma dekat tauke kedai tu maka ibu nak ingatkan juga di sini bahawa sebelum bershopping sakan tu kita kene tentukan samada sesuatu barang yang kita nak beli btu adalah kemahuan atau keperluan..kalu yang keperluan itu lebih banyak maka yang kemahuan tu bawak2 bersabar dulu la no...hehehe..tapi kalu ada lebih tu..x salah la..huhu

ok, da tentukan kemahuan atau keperluan maka di sini pula ibu nak tunjukkan cara2 untuk beli barang2 yang mahal macam tv lcd ke, emas ke atau ape2 je la yang harganya bukan setakat RM10 @ RM20. pertama-tamanya ialah;

a) tentukan harga barang
b)jangka masa
c) kira budget la..hehe

ok, now let's see if kita nak beli TV LCD 40" yang berharga RM4000..jadi kita kene tentukan pula bila kita nak beli tuuuu..mungkin dalam masa 6 bulan..jadi pengiraannya


RM 4000/6 bulan = RM 666.67
                            ~ RM 670.00 (F)
jadi setiap bulan perlu simpan la sebanyak RM 670 selama 6 bulan..baru la dapat beli TV tu dengan aman dan tenteram..hehe

sekarang kita kira pula berapa baki duit yang ada setelah sumenya kita da sediakan..

BAKI = C - (D+E+F)
           = baki awal - (simpanan + roadtax n insurance + tv lcd)
           = 5750 - (1725 + 200 + 670)
           = 3155

jadi baki ada lagi RM 3155..tgk >>> kalu kita bijak berbelanja maka duit pun jadi banyak...hehehe.
tapi satu lagi ingat ibu bahawa pengiraan perbelanjaan itu mestilah di kira dengan detail tau..

k, walaupun lebihan tu masih banyak namun beringat-ingatla untuk hari depan..bak kata orang 
'sediakan payang sebelum hujan'..

PESANAN PENTING!
Opps..lupa pulak ibu nak beritahu bahawa setiap perbelanjaan, kereta dan sume2 yang kita rancangkan tu sebaik-baiknya disimpan dalam akaun berlainan..jadi mana yang mmg kita peruntukan untuk simpanan tetap atau berkala tu jadi tidak boleh digunakanla sebelum tiba masanya..

Andainya semua itu berada dalam akaun yang sama ibu khuatirkan bahawa kita terlebih belanja...maklumla rasa macam banyak je kan duit dalam akaun itu..huhu..ok sayang..selamat beramalllll.... =)

 love,
Ibumu Shahra