Wednesday, 18 July 2012

Bertemu Rasulullah

19.7.12; Wed -

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga dan para sahabat baginda yang mulia...


Subhanallah...

Sebuah perkongsian daripada bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang sangat memberi kesan yang mendalam dalam hati ibu...Semoga Zue Ain juga mendapat ibrah dan manfaat dari cerita yang disampaikan..InsyaAllah..



Duhai belahan hati ibu..Zue Ain Syahida..
Sama-sama lah kita berusaha dan bermohon pada Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang agar diberi kesempatan kepada kita untuk berjumpa Rasulullah S.A.W ketika di dunia ini biarpun hanya dalam mimpi dan seterusnya mendapat syafaat Nabi S.A.W yang mulia di akhirat nanti...ameen

Di bawah ibu sertakan video ceramah yang disampaikan oleh seorang ulama terkenal Habib al-Jufri tentang bagaimana cara kita semua dapatlakukan agar kita semua dapat diberi rezeki oleh Allah yang Maha Berkuasa untuk bermimpi Rasulullah S.A.W. Habib al-Jufri ialah seorang ulama yang sangat mrah dengan senyuman itu dikatakan salah seorang daripada keturunan Nabi Allah yang mulia Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib. Semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah yang mana ianya lebih luas dari dunia dan segala isinya..InsyaAllah..



Jom kita sama-sama belajar yer, sayang...



Antara intipati ceramah yang dapat ibu kongsikan ialah:
1. MINTALAH dan mintalah dari hati, memohon pada Allah S.W.T untuk mendapatkannya
2. BANYAKKAN BERSELAWAT ke atas baginda baik dalam kereta, berjalan atau apa sahaja yang kita lakukan.
3. MENGAGUMKAN SUNNAH baginda yakni melakukan sunnah nabi S.A.W dengan penuh kecintaan dan keagungan
4. KHIDMAT kepada umat baginda (Islam @ Kafir) yakni hendaklah kamu hidup dengan selalu berfikir unuk berkhidmat pada orang lain dan bukannya hidup dalam keangkuhan.
5. MENYEBARKAN DAKWAH baginda Nabi S.A.W

Maka untuk memupu lagi rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W maka kita semua perlulah perbanyakkan membaca sirah, keperibadian dan keistimewaan Nabi S.A.W

InsyaAllah suatu hari nanti dengan doa, usaha, pengharapan dan cinta yang bersungguh-sungguh maka Allah S.W.T pasti akan membuka hijab kita untuk melihat wajah Nabi Allah yang mulia itu...InsyaAllah

Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk melihat wajah Nabi Mu yang mulia..Ammeen

Love,
Ibumu Shahra


No comments:

Post a Comment