Wednesday, 25 April 2012

'Shu.....Shu....Shu....'

26.4.12; Thu - "Shu...shu...shu" begitulah Zue Ain apabila ibu pulang dari sekolah..x sabar nak susu yer?? kesian anak ibu..lapar ek...ibu pergi kerja sayang, cari rezeki untuk kita...semoga Allah memberkati segala usaha, titik peluh ibu dan pengorbanan anak ibu yang sanggup ditinggalkan bersama nenek sepanjang ibu menabur bakti..InsyaAllah..

Begitulah sehari-hari Zue Ain, bila ibu sampai je..cepat2 suh nenek buka pintu sebab nak tengok dan sambut ibu pulang..rasa hilang penat melihat anak ibu yang tersenyum sambil menghulur tangan untuk mengambil barang2 yang ibu bawa pulang...kadang2 ibu bawak pulang kismis, kadang2 makanan, minuman kalau ibu bawa pulang tangan kosong.. ibu berilah Zue Ain apa yang ada seperti kunci kereta ke, beg atau laptop ibu...at least Zue Ain tahu that's her mother bring something to her...huhuhu

Da melangkah masuk, maka suara yang menusuk kalbu pun terdengarlah...'Shu..shu..Shu'..hehehe..nak susu la tu..

Tapi Zue Ain pandai...bukan main redah je hisap susu..tapi Zue Ain akan salam dulu dgn Ibu.."Amin...amin..." sambil menghulur tangan..pastu Zue Ain akan kucup pipi ibu..pipi kiri..pipi kanan..dahi n mulut ibu...alhamdulillah rasa tenang n gembira hati ibu bila Zue Ain buat macamtu..Ibu pun membalas nya dengan mengucup mata Zue Ain..mata kanan..mata kiri...dan ibu mengucup dahi Zue Ain...kemudian ibu akan kata "peluk..peluk ibu, sayang" sambil menghulur kedua-dua untuk dipeluk Zue Ain..Zue Ain datang dan ibu peluk Zue Ain sambil ibu biloang 1-10 dan Zue Ain pun mengikut dengan pelat-pelat.." tu...we...pat...tusuh..luhhhhh.."

Ketika ini Zue Ain baru 1 tahun 7 bulan dan ibu sangat bahagia dengan adanya Zue Ain di sisi ibu..Dan kenangan ini akan ibu abadikan dalam lipatan memori ibu..selamaNya

Ya Allah, aku redha setiap titik susu ku yang mengalir dalam darah dan daging Zue Ain..semoga Engkau juga memberkati susu ku dan menjadikan anak ku ini sebagai anak yang solehah, bertaqwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dan mendengar cakap dan menghormati ibu dan bapanya hingga nyawa dikandung badan..Ameen Ya Rabb
Zue Ain baru lepas menyusu dan tertidur
 kekenyangan (dalam kereta)..Alhamdulillah
love,
Ibumu Shahra

Sunday, 22 April 2012

PENGHUNI KECIL SYURGA

23.4.12 (Mon): Alhamdulillah setelah sekian lama tak menulis dalam blog ini kerana masa tidak mengizinkan dengan pelbagai kerja yang mengundang pada setiap hari..maka hari dapat ibu mencoretkan sesuatu dalam entry ini untuk dikongsi bersama.

As a teacher macam biasa la setiap pagi Isnin semua murid2 akan berhimpun di tapak perhimpunan untuk mendengar sepatah dua amanat daripada guru2 sebelum memulakan hari mereka sepanjang seminggu persekolahan.

Seorang pengawas tahun 5 yang bertugas telah bersedia untuk membacakan doa..ketika doa dibacakan sehingga ke ayat yang lebih kurang maksudnya "berilah magfirah (kemaafan) sebelum maut,rahmat ketika maut dan keselamatan selepas maut"..

Tetiba terdetik dalam hati ini bahawa doa tersebut telah didoakan oleh seorang budak lelaki yang masih kecil, belum baligh dan tidak menanggung sebarang dosa malah diaminkan pula oleh semua insan2 suci tanpa sebarang dosa dan noda..atau lebih tepat lagi didoakan dan diaminkan doa itu oleh siapa?? Oleh penghuni2 kecil syurga..masyaAllah..setelah hampir 3 tahun aku menjadi seorang guru baru aku kini sedar kepada siapa aku telah mengajar/ berkongsi ilmu2 aku selama ini---> PENGHUNI SYURGA..

Ya Allah aku mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana telah memberi aku kesempatan untuk menabur ilmu aku di sekolah rendah berbanding dengan sekolah menengah dan betapa beruntungnya aku berada dikalangan ahli syurga dan pada setiap pagi aku mengaminkan doa-doa yang dibaca oleh penghuni kecil syurga...

Terima kasih Ya Allah kerana kau telah membuka hijab yang menutup aku selama ini tentang siapa hakikat sebenar anak2 didik ku..dan rasa ini telah membuatku menguatkan azam ku untuk mengajar/ mendidik/ berkongsi ilmu kepada mereka dengan lebih tekun walaupun tugas seorang guru cukup mencabar sebenarnya lebih2 lagi guru tahap satu..semoga segala cabaran dan dugaan yang mendatang tidak akan mematahkan semangat aku untuk membuat yang terbaik...

Dan kepada Zue Ain ibu berjanji akan cuba mendidik anak ibu sebaik mungkin kerana anak ibu juga adalah penghuni kecil syurga..dan ibu selalu mendoakan Zue Ain agar suatu hari nanti Zue Ain akan menjadi anak yang solehah, penghafaz al-Quran yang bertaqwa dan menjadi penghuni syurga tanpa perlu dihisab oleh Allah terlebih dahulu...

Ya Allah..berikanlah kesabaran kepada ku dalam mendidik anak ku dan anak2 muridku dan jadikanlah mereka orang-orang yang Engkau rahmati dan permudahkanlah mereka untuk menimba ilmu agar dapat dimanfaatkan oleh mereka untuk menempuh hari2 yang mendatang dengan penuh taqwa dan tunjukkanlah kepada mereka jalan Engkau yang lurus Ya Allah...masukkanlah mereka ke dalam syurgaMu tanpa perlu dihisab oleh Mu terlebih dahulu kerana aku takut mereka tidak mampu....Ya Allah perkenankanlah doaku ini Ya Allah hanya hanya padaMu lah tempat aku bergantung kerana Engkaulah yang Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu..Ameen..ameen ya Rabb..

love,
Ibumu Shahra