Sunday, 22 April 2012

PENGHUNI KECIL SYURGA

23.4.12 (Mon): Alhamdulillah setelah sekian lama tak menulis dalam blog ini kerana masa tidak mengizinkan dengan pelbagai kerja yang mengundang pada setiap hari..maka hari dapat ibu mencoretkan sesuatu dalam entry ini untuk dikongsi bersama.

As a teacher macam biasa la setiap pagi Isnin semua murid2 akan berhimpun di tapak perhimpunan untuk mendengar sepatah dua amanat daripada guru2 sebelum memulakan hari mereka sepanjang seminggu persekolahan.

Seorang pengawas tahun 5 yang bertugas telah bersedia untuk membacakan doa..ketika doa dibacakan sehingga ke ayat yang lebih kurang maksudnya "berilah magfirah (kemaafan) sebelum maut,rahmat ketika maut dan keselamatan selepas maut"..

Tetiba terdetik dalam hati ini bahawa doa tersebut telah didoakan oleh seorang budak lelaki yang masih kecil, belum baligh dan tidak menanggung sebarang dosa malah diaminkan pula oleh semua insan2 suci tanpa sebarang dosa dan noda..atau lebih tepat lagi didoakan dan diaminkan doa itu oleh siapa?? Oleh penghuni2 kecil syurga..masyaAllah..setelah hampir 3 tahun aku menjadi seorang guru baru aku kini sedar kepada siapa aku telah mengajar/ berkongsi ilmu2 aku selama ini---> PENGHUNI SYURGA..

Ya Allah aku mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana telah memberi aku kesempatan untuk menabur ilmu aku di sekolah rendah berbanding dengan sekolah menengah dan betapa beruntungnya aku berada dikalangan ahli syurga dan pada setiap pagi aku mengaminkan doa-doa yang dibaca oleh penghuni kecil syurga...

Terima kasih Ya Allah kerana kau telah membuka hijab yang menutup aku selama ini tentang siapa hakikat sebenar anak2 didik ku..dan rasa ini telah membuatku menguatkan azam ku untuk mengajar/ mendidik/ berkongsi ilmu kepada mereka dengan lebih tekun walaupun tugas seorang guru cukup mencabar sebenarnya lebih2 lagi guru tahap satu..semoga segala cabaran dan dugaan yang mendatang tidak akan mematahkan semangat aku untuk membuat yang terbaik...

Dan kepada Zue Ain ibu berjanji akan cuba mendidik anak ibu sebaik mungkin kerana anak ibu juga adalah penghuni kecil syurga..dan ibu selalu mendoakan Zue Ain agar suatu hari nanti Zue Ain akan menjadi anak yang solehah, penghafaz al-Quran yang bertaqwa dan menjadi penghuni syurga tanpa perlu dihisab oleh Allah terlebih dahulu...

Ya Allah..berikanlah kesabaran kepada ku dalam mendidik anak ku dan anak2 muridku dan jadikanlah mereka orang-orang yang Engkau rahmati dan permudahkanlah mereka untuk menimba ilmu agar dapat dimanfaatkan oleh mereka untuk menempuh hari2 yang mendatang dengan penuh taqwa dan tunjukkanlah kepada mereka jalan Engkau yang lurus Ya Allah...masukkanlah mereka ke dalam syurgaMu tanpa perlu dihisab oleh Mu terlebih dahulu kerana aku takut mereka tidak mampu....Ya Allah perkenankanlah doaku ini Ya Allah hanya hanya padaMu lah tempat aku bergantung kerana Engkaulah yang Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu..Ameen..ameen ya Rabb..

love,
Ibumu Shahra

No comments:

Post a Comment