Wednesday, 10 October 2012

Baca buku

10.11.12; Thu - Assalamualaikum sayang...

Buku2 yang ibu belikan utk Zue Ain di Pesta Buku SACC, Shah Alam


Apa khabar agaknya puteri kesayangan ibu hari ini yer? Da lama ibu tak mencoretkan sesuatu dalam entry ini...Rindu rasanya...banyak yang ingin ibu kongsikan dengan Zue Ain tapi masa amat mencemburui dan sering menghambat ibu dari masa ke masa...Namun alhamdulillah kerana pada hari ini ibu berpeluang melepaskan hasrat di hati untuk menulis sesuatu dalam entry ini....Semoga kita dapat mengimbau kembali segala kenangan dan saat manis bersama dan mengambil 'ibrah dalam semua perkara...Yang baik jadikan tauladan dan yang  buruk jadikan sempadan...InsyaAllah...

Baca buku tok yang bertajuk "Umrah & Ziarah"
"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China", "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" begitulah bunyinya sebahagian hadis yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad S.A.W, Rasul junjungan kita...Walaupun hadis tersebut adalah hadis yang dhaif tetapi kita masih boleh mengambil iktibar dari hadis-hadis dhaif terutamanya dalam bab fadhail (kelebihan amalan) asalkan hadis dhaif itu bukannya digunakan dalam menentukan sesebuah hukum mahupun dalam bab aqidah...dan ketahuilah anakku hadis dhaif masih boleh digunakan asalkan ia bukannya hadis palsu/ hadis maudhu' ...yakni
 
“Apa sahaja yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk pembohongan dan pendustaan berhubung dengan sesuatu yang baginda tidak pernah ucapkan, lakukan dan ikrarkan.”
 
Begitulah maksud hadis maudhu' di kalangan ahli usul dari segi istilahnya...Sedangkan maksud hadis dhaif ialah

 "Hadith dhaif ialah hadith yang tidak mencukupi syarat untuk diterima. (منحة المغيث) Al-Hafiz Ibnu Solah telah mentakrifkan hadith dhaif dengan katanya bahawa: “setiap hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih dan tidak juga mencukupi syarat-syarat hadith hasan, maka itulah hadith dhaif" 
( 139تدريب الراوي :ص )

Banyak lagi penjelasan tentang bab hadis dhaif ini ataupun hadis-hadis yang lain dan untuk mengetahuinya Zue Ain perlulah menuntut ilmu kerana Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Az -Zumar ayat 9 yang bermaksud

"Apakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?"

Sesungguhnya Zue Ain sejak dari kecil suka sangat membaca buku dan Al-Quran...Bila tgk ibu dan tok baca Quran Zue Ain pun mulalah berlagu macam sedang mengaji...padahal Zue Ain belum pun pandai lagi bercakap denga baik...Alhamdulillah...

Semoga sikap cintakan ilmu ini akan terus melekat dalam diri Zue Ain hingga hayat dikandung badan...Dan belajarlah kerana Allah S.W.T bukannya belajar untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan semata-mata..dan apa yang lebih membahagiakan ibu ialah jika Zue Ain dapat menjadi seorang yang faqih dalam agama, menghafal dan menghayati kandungan Al-Quran dan seterusnya menjadi semakin bertaqwa dengan bertambahnya ilmu di dada..InsyAllahu Taala...Sesungguhnya ibu amat menyayangi Zue Ain kerana Allah Taala kerana Zue Ain adalah amanah dari Allah dan harta pinjaman untuk ibu sementara ibu berada di dunia ini...

LOVE,
Ibumu Shahra



Sunday, 9 September 2012

HAPPY BIRTHDAY, SAYANG

10.9.12; Mon -

HaPpY bIrThDaY....sAyAnG..


Ibu doakan agar Zue Ain sentiasa dalam lindungan Allah selalu baik di dunia dan akhirat &
Dimurahkan rezeki dalam kesyukura,
Dipanjangkan umur dalam keberkatan &
Bahagia dalam dalam ketaatan kepada Allah Azza Wajalla..
InsyaAllahu Taala

Alhamdulillah, Zue Ain telah mencapai usia dua tahun dua hari yang lalu pada 8.9.12..semoga dengan usia yang semakin bertambah ini maka akan bertambahlah rasa ketaqwaan dan kecintaan Zue Ain kepada Allah S.W.T.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari itu ibu berkesempatan untuk menyambut birthday Zue Ain walaupun jadual ibu agak padat pada hari itu dengan sekolah ganti dan temujanji untuk servis kereta di Seremban namun kegembiraan dan kebahagiaan Zue Ain tetap menjadi keutamaan ibu..Jika pada tahun lepas kita hanya menyambut birthday Zue Ain di rumah bersama-sama ayah..tapi pada tahun ini kita dapat menyambut kelahiran Zue Ain bersama-sama Irfan, nenek, mok (chik Zan) dan Ibu di Seremban..walaupun majlis kecil sahaja, apa yang penting adalah tanda ingatan untuk disematkan dalam lipatan sejarah hingga akhir hayat...

SEKITAR SAMBUTAN HARI LAHIR TAHUN 2011
Kek besday Zue Ain yang pertama

Kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipes
Zue Ain membelah kek bersama ayah

Erm....besarnya kek dia...hehe

Kenapa muka macamtu sayang?? best x? hehe


 SEKITAR SAMBUTAN HARI LAHIR TAHUN 2012




Monday, 6 August 2012

shopping raya..

7.8.12; Tue - InsyaAllah lebih kurang dua minggu lagi kita semua umat Islam akan menyambut 1 Syawal yang juga hari yang paling gembira bagi kanak-kanak..namun begitu mak-maknya tak kurang gembiranya kerana dapat menayangkan baju raya dengan pelbagai fesyen terkini...hihihi..

Namun begitu kita sering terlupa bahawa datangnya Syawal maka akan berakhirlah Ramadhan..di mana sebuah bulan yang terdapat dalamnya rahmat, maghfirah dan pelepasan dari azab api neraka..InsyaAllah..Tetapi yang paling menyedihkan ialah di akhir-akhir Ramadhan ini maka saf-saf di masjid-masjid semakin berkurang..banyak orang ketika waktu-waktu sebegini memandang solat terawih hanya dengan sebelah mata..mereka sibuk menghabiskan masa mereka untuk shopping raya atau membuat biskut-biskut raya..semuanya sebagai persiapan untuk menyambut 1 Syawal yang bakal menjelang tiba..

Ironinya..ingin ibu putarkan kembali masa, 2 minggu sebelum kita menyambut bulan puasa dahulu..adakah persiapan kita menyambut Ramadhan sama sepertimana persiapan kita menyambut Syawal? Adakah kita juga menghabiskan wang beribu-ribu ringgit untuk menghargai kemuliaan datangnya Ramadhan kerana bulan ini juga hanya datang setahun sekali...sama seperti Syawal...malah bulan Ramadhan adalah lebih istimewa lagi kerana pada bulan tersebutlah diturunkanNya Al-Quran, setiap ibadah/kebajikan yang dilakukan akan digandakan pahala dengan sepuluh kali ganda dan terdapatnya di dalamnya malam lailatul Qadr yang mana pada malam tersebut ibadah yang dilakukan bersamaan dengan seribu bulan..

Tak kurang juga yang banyak membazir masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk menyambut Syawal sedangkan Islam tidak pernah mengajar kita untuk boros berbelanja bagi menyambut syawal tetapi lebih menyukai sifat zuhud. Semalam ibu ada melihat rancangan Jejak Rasul dan berbetulan dengan itu, mereka menyiarkan tinggalan Rasulullah S.A.W dan ibu dapat merasakan betapa zuhud dan bersederhananya Baginda Nabi S.A.W apabila ibu berpeluang melihat jubah-jubah, serban dan beberapa lagi tinggalan baginda S.A.W.

Di bawah ibu ingin kongsikan dengan belahan hati ibu ini barang-barang tersebut yang ibu download dari internet seperti mana yang ibu lihat dalam rancangan Jejak Rasul semalam...InsyaAllah

Ini adalah jubah insan mulia Rasulullah S.A.W

Ini pula adalah cop mohor Nabi Muhammad S.A.W 




Wednesday, 1 August 2012

Maafkan Ibu, sayang...

2.8.12; Thu -
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM
Segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, 
para ahlul bait dan para sahabat Baginda
yang diberkati dan dimuliakan..

Sesungguhnya ibu dengan rendah dirinya menyerah diri dan memohon keampunan daripada Allah Rabbul 'Izzati di mana rahmatNya lebih luas dari langit dan bumi. Semoga sifat Rahman dan Rahim Allah S.W.T sentiasa menaungi ibu yang tidak pernah lepas dari sebarang kesalahan dan kekhilafan. InsyaAllah.

8:30
Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.                (Surah Al-Anfaal ; 30)  


Ibu sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya yang sangat besar itulah maka telah dianugerahkan ibu seorang anak yang solehah dan sangat memahami walaupun usianya masih bayi. Sejak ibu mula mengandung hingga ke saat ini Zue Ain tetap menjadi anak ibu yang terbaik. Tidak pernah ibu merasakan kehadiran insan kecil ini sebagai satu beban dan menyusahka ibu..Tidak pernah sayang..tidak sekali-kali..Lantas ibu sepatutnya harus bersyukur dan berasa bertuah kerana diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk didampingi oleh insan kecil yang bernama Zue 'Ain Syahida menjadi peneman dan pelengkap dalam kehidupan ibu di dunia ini..Alhamdulillah.

Apa yang menjadi pencetus coretan hati ibu dalam entry pada kali ini adalah kerana suatu perkara yang terjadi antara ibu dan Zue Ain pada malam tadi (1.8.12 kira-kira jam 9.30pm). Suatu hal yang telah meruntun hati seorang ibu. Ini kali kedua kejadian di mana ibu dapat melihat betapa besarnya jiwa Zue Ain walaupun masih bergelar bayi. Betapa dekatnya hati seorang anak terhadap kedua ibu bapanya. Hatinya kecil tapi berjiwa besar..alhamdulillah.

KEJADIAN PERTAMA
Kejadian pertama melihatnya betapa erat dan dekatnya hati seorang anak kecil dengan ibunya ini adalah pada tahun 2011. Kejadian itu berlaku kira-kira bulan 10/11 2011 ketika itu mak saudara Zue Ain belah ayah (Mak Lang) datang ke rumah untuk bermain-main dan bersama dengan Zue Ain. Pada waktu itu waktu pagi. Ibu bercadang menyediakan sandwich sebagai sarapan pada waktu itu. Namun ibu ingin buat sandwich yang istimewa dengan meletakkan kentang yang dilecek agar sardin itu lebih terasa lemaknya dan bertambah keenakkan sarapan pada pagi itu. Nak dijadikan cerita, kentang waktu itu tiada padahal kentang biasanya selalu ada kerana setiap kali dimasakkan bubur Zue Ain maka akan dicampur dengan kentang. Oleh itu ibu pun meminta ayah Zue Ain untuk membelikan ibu kentang agar ibu dapat masukkan dalam sandwich dan dapat juga dimasukkan dalam bubur Zue Ain nanti. Tetapi apa yang mengejutkan ibu apabila ayah Zue Ain telah bertindak menghempas pintu dengan kuat padahal Mak Lang Zue Ain sedang tidur dalam bilik bersebelahan dengan pintu tersebut. Pada ketika itu Allah S.W.T saja yang tahu perasaan dan hati ibu. Ibu sangat kecewa dan sedih ketika itu kerana tindakan ayah padahal ibu cuba buat yang terbaik untuk adiknya...Oleh sebab kejadian tersebut, air mata ibu pun mengalir laju dam ibu menangis tersedu sedan..apabila Zue Ain nampak ibu dalam keadaan itu, Zue Ain turut menangis dengan sedih sekali...bila ibu mula reda Zue Ain pun reda tetapi bila esakan ibu kuat balik Zue Ain pun menangis dengan kuat juga...Pada ketika itu ibu sangat merasakan betapa dekatnya hati ibu dan Zue Ain, betapa erat dan mulianya perhubungan darah yang teerjalin..terima kasih anak ibu kerana amat memahami dan sentiasa bersama ibu sangat suka dan suka..Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah kerana telah menghadirkan anak kecil ini sebagai penyeri dan menjadi penguat semangat ibu selama ini.

KEJADIAN KEDUA
Kejadian kedua berlaku ketika ibu mengemas rumah kerana insyaAllah kita akan berpindah ke rumah baru selepas raya ini..InsyaAllah..ketika itu, ibu sedang mengemas semua buku-buku dan album-album lama..Maka ibu pun terpandang akan sebuah album yang menempatkan gambar-gambar perkahwinan ibu dengan ayah Zue Ain..Pada saat ibu membuka album tersebut Zue Ain terus menunjuk-nunjuk gambar ayah sambil menyebut.."ayah..ayah..ayah..." kemudian tunjuk gambar ibu dan menyebut "ibu..ibu..ibu" begitulah Zue Ain dari helaian ke helaian dan ibu pun terperasan ketika itu mata Zue Ain bergenang dan raut wajah Zue Ain seperti mahu menangis ketika menyebut ''bu..ayah..ayah..", "bu..ayah...ayah"..hati ibu sangat tersentuh. Ternyata ikatan antara anak dan ayah sangat kuat walaupun baru beberapa kali ayah menjenguk Zue Ain sejak ibu bercerai dengan ayah pada 19.12.2011 dahulu..Alhamdulillah..ibu tidak pernah mahu menyekat atau menghalang akan ikatan suci tersebut kerana dia tetap ayah Zue Ain walau siapapun dirinya kepada ibu. Ibu tetap mahu ayah Zue Ain menjadi seorang yang bertanggungjawab dan tidak melupakan amanah yang dikurniakan Allah S.W.T kepadanya dan ibu juga tidak mahu Zue Ain melupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan untuk ayah Zue Ain hingga nyawa dikandung badan..insyaAllah.

Apa yang ibu cuba sampaikan disini ialah betapa eratnya ikatan batin antara seorang anak dengan ibu atau ayahnya walaupun berada jauh dimata. Dengan itu, ibu ingin menghulur sepuluh jari dan memohon maaf dari anak ibu ini dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai Zue Ain menyalahkan ibu kerana telah memisahkan Zue Ain dengan ayah...Tapi sayang ingatlah..tiada seorang ibu ingin sesuatu yang buruk terhadap anaknya. Apa yang ibu lakukan semuanya kerana ibu memikirkan kebaikan Zue Ain sendiri di dunia dan akhirat dan juga kerana ibu ingin mengelakkan sesuatu perkara yang lebih mudarat berlaku ke atas keluarga kita..dalam satu kaedah usul fiqh ada menyebut (      )...InsyaAllah..semoga Allah S.W.T mengampunkan segala dosa ibu andainya ibu tersilap perhitungan selama ini..Hanya pada Allah ibu tempat ibu bertaubat dan pada Zue Ain ibu sekali lagi ingin memohon ampun dan maaf kerana telah memisahkan seorang anak dengan ayahnya. Walauapapun ibu cuba berikan yang terbaik buat Zue Ain dunia dan akhirat dan semoga harapan ibu dan ayah ketika mengandung dan melahirkan Zue Ain tercapai iaitu untuk menjadikan Zue Ain Syahida bt. Muhamad Syamsyul Rizal sebagai seorang HAFIZAH YANG BERTAQWA..InsyaAllah..

Zue Ain pakai tudung Mok Ja masa balik cuti sekolah pada 10.6.12


Love,
Ibumu Shahra





Saturday, 28 July 2012

Memilih pemimpin terbaik..


29.7.12; Sun - Assalamualaikum w.b.t buat permata hati dan belahan hati ibu..Ibu doakan agar Zue Ain sihat dan berada dalam redhaNya setiap detik... setiap nafas yang bergetar dalam jasad mu yang indah itu..

Ketika ini Zue Ain masih lagi berusia setahun 9 bulan dan insyaAllah usia anak ibu ini akan semakin bertambah dari hari ke hari sehingga satu demi satu kewajipan akan diletakkan atas bahu sayang yang mana ianya adalah amanah dari Allah S.W.T..

Salah satu amanah yang perlu Zue Ain penuhi kewajipannya suatu hari nanti ialah KEWAJIPAN  MENGUNDI yakni memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk menerajui negara kita agar selaras dengan kehendak agama.

Mengundi itu dalah wajib kerana suatu hari nanti kita pasti akan ditanya siapa pemimpin yang telah kita pilih. Mahu atau tidak..suka ataupun benci kita tetap dipertanggungjawabkan untuk mengundi. Namun begitu, kita sebagai rakyat biasa dan sifat kita yang serba lemah maka adalah sukar untuk kita memilih yang terbaik kerana kita hanya bersandarkan pada media massa yang kebanyakannya telah dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu bagi menutup kelemahan masing-masing di samping menjatuhkan pihak lawan.

Dengan itu, kembalilah kepada Allah S.W.T dan bertaqwa lah sayang...maka apa yang boleh Zue Ain lakukan ialah SOLAT ISTIKHARAH...Serahkan segalanya pada yang menguasai alam ini...Serahkan padaNya apa yang diredhaiNya...InsyaAllah cara ini lebih selamat dan aman untukmu sayang...

Banyak orang yang hanya fikir bahawa solat istikharah dilakukan  hanya untuk memilih jodoh terbaik...kerja terbaik...sekolah terbaik dan lain-lain lagi tapi banyak yang lupa solat istikharah juga perlu dilaksanakan bagi memilih parti dan pemimpin yang terbaik..untuk keselamatan dunia dan akhirat kita..InsyaAllah...hal ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W yang mulia yang bermaksud:

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Maka, di bawah akan ibu kongsikan tatacara melaksanakan solat istikharah untuk dijadikan panduan buat anak ibu..semoga ditunjukkan jalan orang-orang yang diberi ni'mat bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan juga jalan orang-orang yang Kau sesatkan (Surah Al-fatihah;)

Waktu
Solat sunat Istikharah lazimnya dilakukan pada 2/3 malam iaitu sewaktu keadaan tenang apabila kesibukan malam telah hilang. Tujuannya supaya hati tenang dan jiwa kusyuk bermunajat dengan Illahi, Tuhan yang Maha Agung. Bagaimanapun solat Istiharah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja yang diharuskan solat (kecuali pada waktu-waktu haram solat seperti selepas solat Asar dan solat Subuh.)

Lafaz Niat Solat Istikharah

  

Niat
Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala

Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Ketika sujud terakhir disarankan agar membaca ayat dari surah Surah Al-Baqarah :32 sebanyak 40 kali tapi perkataan "Qolu" itu tidak perlu disebutkan.
2:32

sambil-sambil mengulang-ulang bacaan itu Zue Ain boleh susuli dengan doa dalam hati tujuan solat istikharah itu dilakukan.

Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Doa Solat Istikharah



“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

Setelah Selesai Solat

Baiklah..setelah selesai solat dilakukan..jika waktu itu waktu malam maka Zue Ain boleh la kembali ke tempat peraduan (tidur) dan tidurlah dalam keadaan wudhu' dan mengadap kiblat..sebelum tidur berzikirla sebanyak mungkin sehingga tertidur dan mohon pada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Berkehendak agar diberi petunjuk atas segala permasalahan yang dihadapi.. InsyaAllah Allah S.W.T yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih akan tunjukkan jalan serta dipermudahkan urusan anak ibu yang tersayang ini...

Petunjuk

Petunjuk dari Allah kesan dari solat Istikharah merupakan satu yang sukar untuk kita tahu. Walaubagaimanapun ulama' telah membuat garis panduan berkaitan hal ini. InsyaAllah saya cuba nukilkan di sini setakat yang saya jumpa mengenainya.

Cara-caranya: Imam Nawawi menjelaskan syarat utama sebelum solat istikharah ialah minda kita hendaklah benar-benar bebas tanpa sebarang kecenderungan pendapat peribadi. Jika kita telah ada keputusan dan kecenderungan hati, lebih baik kita jangan berdiri melakukan solat istikharah. Maksudnya janganlah kita mengutamakan sesuatu yang sudah berat dalam jiwa kita sebelum solat. Solat hendaklah dilakukan dengan khusyu', memilih waktu yang tenang dan sunyi, serta membaca do'a yang makthur yang diajar oleh Nabi saw dalam hadis Jabir dari riwayat Bukhari.

Tanda-tanda atau petunjuk:
An-Nawawi menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dan sebagainya. Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.

Prof. Mutawalli Sya'rawi r.h (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktor. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati sepertimanayang telah dijelaskan oleh Ibn Qayyim seperti di atas. Allahu a'alam
(petikan ini ibu ambil dari website: http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id140.html)

Semoga segala penjelasan yang telah ibu berikan dapat membantu Zue Ain dalam pelbagai urusan yang melibatkan kekeliruan hati termasuklah dalam soal memilih pemimpin yang baik..InsyaAllah..

Love,
Ibumu Shahra

Wednesday, 18 July 2012

Bertemu Rasulullah

19.7.12; Wed -

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga dan para sahabat baginda yang mulia...


Subhanallah...

Sebuah perkongsian daripada bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang sangat memberi kesan yang mendalam dalam hati ibu...Semoga Zue Ain juga mendapat ibrah dan manfaat dari cerita yang disampaikan..InsyaAllah..



Duhai belahan hati ibu..Zue Ain Syahida..
Sama-sama lah kita berusaha dan bermohon pada Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang agar diberi kesempatan kepada kita untuk berjumpa Rasulullah S.A.W ketika di dunia ini biarpun hanya dalam mimpi dan seterusnya mendapat syafaat Nabi S.A.W yang mulia di akhirat nanti...ameen

Di bawah ibu sertakan video ceramah yang disampaikan oleh seorang ulama terkenal Habib al-Jufri tentang bagaimana cara kita semua dapatlakukan agar kita semua dapat diberi rezeki oleh Allah yang Maha Berkuasa untuk bermimpi Rasulullah S.A.W. Habib al-Jufri ialah seorang ulama yang sangat mrah dengan senyuman itu dikatakan salah seorang daripada keturunan Nabi Allah yang mulia Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib. Semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah yang mana ianya lebih luas dari dunia dan segala isinya..InsyaAllah..



Jom kita sama-sama belajar yer, sayang...



Antara intipati ceramah yang dapat ibu kongsikan ialah:
1. MINTALAH dan mintalah dari hati, memohon pada Allah S.W.T untuk mendapatkannya
2. BANYAKKAN BERSELAWAT ke atas baginda baik dalam kereta, berjalan atau apa sahaja yang kita lakukan.
3. MENGAGUMKAN SUNNAH baginda yakni melakukan sunnah nabi S.A.W dengan penuh kecintaan dan keagungan
4. KHIDMAT kepada umat baginda (Islam @ Kafir) yakni hendaklah kamu hidup dengan selalu berfikir unuk berkhidmat pada orang lain dan bukannya hidup dalam keangkuhan.
5. MENYEBARKAN DAKWAH baginda Nabi S.A.W

Maka untuk memupu lagi rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W maka kita semua perlulah perbanyakkan membaca sirah, keperibadian dan keistimewaan Nabi S.A.W

InsyaAllah suatu hari nanti dengan doa, usaha, pengharapan dan cinta yang bersungguh-sungguh maka Allah S.W.T pasti akan membuka hijab kita untuk melihat wajah Nabi Allah yang mulia itu...InsyaAllah

Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk melihat wajah Nabi Mu yang mulia..Ammeen

Love,
Ibumu Shahra


Sunday, 15 July 2012

perkembangan Zue ain

16.7.12; Mon - Semalam apabila ibu lihat Zue ain da mula nak pandai cakap, terdetik dalam hati ibu untuk mengabadikan kenangan perkembangan Zue Ain pada entry kali ini. Hal ini kerana ibu tak nak terlepas peluang ataupun lupa akan setiap kenangan kita bersama. InsyaAllah

Baiklah..

SEMASA MENGANDUNG

1.5.2010
Zue Ain 5 Bulan dlm kandungan

Alhamdulillah..sepanjang tempoh mengandungkan Zue Ain..ibu tidak banyak mengalami alahan..sebelah pagi selama 4 bulan pertama tu ada juga la ibu muntah2 waktu pagi..tapi bila kandungan yang semakin membesar ibu langsung tak rasa penat atau berat..ibu ingat lagi ketika 7/8 bulan ibu masih boleh berlari menaiki tangga sekolah sebab da terlewat..hehe..masa usia kandungan 9 bulan pula ibu masih boleh berlari dan melompat macam orang tak mengandung..hehe..sampai Tok, Mak Da dan Mak Aja marah kat ibu...hikhik..cuma kadang-kadang sahaja ibu rasa sakit mencucuk-cucuk sikit kat bahagian bawah perut... =)

SAAT KELAHIRAN                                                                                             
Zue Ain dilahirkan pada hari Rabu, 8.9.2010 bersamaan 29 Ramadhan 1431 jam 6.13 pagi. Tetapi ibu kena admit ke hospital awal iaitu pada 6.9.12 kerana menghidapi kencing manis semasa mengandungkan Zue Ain lagipun masa ibu check up pada 6.9.12 tu sudah 2cm bukaan. Alhamdulillah ibu tak kena induce..Zue Ain lahir secara normal tanpa dipaksa..Pada peringkat awal ibu ketuban darah pada 6.9.12 tapi malam 7.9.12 tu ibu ketuban air dan ibu masuk ke labor room hampir jam 12 tengah malam. 

Alhamdulillah proses kelahiran Zue Ain benar-benar dipermudahkan Allah..Ibu tidak berasa terlalu sakit seperti mana yang diceritakan oleh kebanyakan orang. Sepanjang dari jam 12 hingga 5.45 pagi tu ibu hanya tidur. Bila ketua bidan datang tanya berapa kali contraction dalam 10 minit..Ibu jawab "X tahulah saya tidur" huhu..bila dia suruh kira ibu kira..satu..kemudian ibu tidur..bila rasa contraction lagi..dua..kemudian tidur lagi sampai la ibu kira 5 kali setiap 10 minit..huhu..kemudian jam 5.45 pagi doktor datang check jalan kemudian dia cakap "da 10cm ni, bleh la beranak" masa tu barulah ibu bersedia meneran walaupun masih dalam keadaan mamai kerana bar bangun dari tidur..dan ibu terus-menerus meneran sampai Zue Ain selamat dilahirkan tepat 6.13pagi pada 8.9.10..Alhamdulillah..

       

Ni video dan gambar Zue Ain masa baru sahaja diletakkan bersama ibu di dalam wad kira2 jam 9 pagi.

HARI RAYA PERTAMA
Pada 1 Syawal 1431 adalah hari raya Aidilfitri yang pertama Zue Ain..Ketika itu Zue Ain baru berumur 2 hari..Selamat Hari Raya, Sayang...

Hari raya pertama Zue Ain: Usia 2 hari


Gambar ini diambil oleh Ayah Ngah (Tolahah Muda) pada hari raya pertama Zue Ain
Ada peristiwa sedih bagi ibu sejurus selepas program mengambil gambar Zue Ain pada hari raya pertama ini..huhu..Selepas seseorang ibu telah selamat melahirkan anak mereka yang tercinta maka mereka perlu melaporkan kelahiran tersebut pada klinik yang berdekat supaya jururawat yang bertugas akan melawat rumah ke rumah bagi tujuan memriksa ibu dan anak..

Maka pada 9.9.10 jururawat datang ke rumah dan menyatakan Zue Ain sihat, aktif menyusu tetapi agak kuning sedikit..dan dia menyuruh jururawat yang bertugas keesokkannya untuk melihat samada Zue Ain masih kuning lagi ataupun tidak..namun jururawat yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba dan ibu melihat Zue Ain telah menjadi semakin kuning..huhu..oleh sebab naluri hati seorang ibu merasakan anaknya seorang ini tidak begitu sihat maka dirujuknya pada Dr.Zamri anak saudara ibu dan beliau mengesahkan Zue Ain kuning dan menyarankan Zue Ain dibawa ke Klinik Hiliran untuk memeriksa darah..dan ternyata kuning Zue Ain sangat tinngi dan perlu dimasukkan ke dalam wad dengan kadar segera dan dirujuk sebagai kes emergency..huhu..Semasa Zue Ain kena tahan wad bersendirian..hati ibu sangat sedih..melihat tilam Zue Ain atas katil ibu..ibu menangis..melihat gambar Zue Ain..ibu turut menitiskan air mata..walaupun ibu hanya perlu mengirimkan susu ibu kepada Zue Ain tetapi ibu berkeras ingin turut ke hospital dan menysukan sendiri Zue Ain dan berada bersama-sama Zue Ain walaupun ayah agak tidak setuju memandangkan ibu masih dalam pantang..tapi demi anak ibu..belahan hati ibu..ibu sanggup..asalkan dapat bersama mu sayang...Alhamdulillah hanya 2,3 hari sahaja Zue Ain di tahan dalam wad..

TALI PUSAT TERTANGGAL


Pada hari keenam..tali pusat Zue Ain telah tertanggal...alhamdulillah..menurut tok, Zue Ain paling cepat tercabut tali pusat..sama dengan Kak Hanim anak Mak Da..Kak Balqisy dan Kak Najma hampir dua minggu baru tercabut tali pusat.

MENIARAP
Zue Ain mula-mula boleh meniarap/ membalikkan badan pada usia 2 bulan...Ya Allah sangat cepat..Pada masa itu, Zue Ain temankan ayah yang sedang bermain laptop dan ayah letakkan Zue Ain atas sofa..tiba-tiba ayah memanggil ibu yang berada dalam bilik untuk beritahu yang Zue Ain dah boleh membalikkan badan..Ibu sangat excited untuk melihatnya..dan Alhamdulillah ibu dapat menyaksikan perkembangan Zue Ain yang pertama itu..Zue Ain meniarap dan mengesot/menjulur lama jugak...lebih kurang usia 8 bulan barulah Zue Ain mula merangkak..huhu..lama ibu tunggu...setiap hari tertanya-tanya bila lah Zue Ain mula nak merangkak..hehehe..tak sabar sebab terlalu teruja...yang pasti semakin lama semakin laju..sampai tak terkejar ibu..sambil2 mengelap lantai..hehhe

 

MERANGKAK 


Zue Ain mula merangkak pula masa usia 8 bulan. Banyak orang bercakap yang Zue Ain nanti mungkin terus boleh berjalan macam ibu..sebab lama sangat meniarap. Ibu dulu dari meniarap terus berjalan dan langsung tak merangkak..huhu..advance satu step sebab dulu tok selalu letak ibu dalam baby walker tu yang tak belajar merangkak..hehe..ibu beli jugak baby walker kat Zue Ain sebab ibu kesian kat Zue Ain yang selalu makan macam-macam benda yang ada atas lantai dan bila ibu makan kat meja Zue Ain pun sama nak duk sama..hehe..Tapi ibu jarang-jarang letak Zue Ain kat dalam tu tapi bila ibu letak je..wah...bukan main seronok lagi...laju je mengelonsor kiri ke kanan sambil ketawa-ketawa...hehe..ni gambar Zue Ain dengan baby walker nya..suka nyer diaaa... =)




MULA BERJALAN
Zue Ain merangkak tak lama..dalam usia 11 bulan Zue Ain da mula bertatih-tatih berjalan..ini berkat ibu, ayah dan pengasuh Zue Ain masa tu nama Kak Zaiton selalu pimpin Zue Ain dan beri galakan Zue Ain agar berjalan walaupun asyik terjatuh-jatuh tapi kami seronok tengok Zue Ain da mula nak jalan...cute sangat...hehe..ni gambar hari  raya Zue Ain yang kedua..masa ni baru je boleh jalan..usia 11 bulan pada 30 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432

 Zue Ain suka memanjat sana memanjat sini..suka panjat dan duk atas meja kaca..seorang yang berani, suka mencuba dan tiada perasaan takut..huhu


Zue Ain pandai bersosial dan suka berkawan dengan orang ramai..kalau ibu bawake sekolah pada hari Ko-ko macam orang tua berkawan dengan kakak-kakak darjah 4-6 duk atas padang main sama-sama..huhu