Monday, 6 August 2012

shopping raya..

7.8.12; Tue - InsyaAllah lebih kurang dua minggu lagi kita semua umat Islam akan menyambut 1 Syawal yang juga hari yang paling gembira bagi kanak-kanak..namun begitu mak-maknya tak kurang gembiranya kerana dapat menayangkan baju raya dengan pelbagai fesyen terkini...hihihi..

Namun begitu kita sering terlupa bahawa datangnya Syawal maka akan berakhirlah Ramadhan..di mana sebuah bulan yang terdapat dalamnya rahmat, maghfirah dan pelepasan dari azab api neraka..InsyaAllah..Tetapi yang paling menyedihkan ialah di akhir-akhir Ramadhan ini maka saf-saf di masjid-masjid semakin berkurang..banyak orang ketika waktu-waktu sebegini memandang solat terawih hanya dengan sebelah mata..mereka sibuk menghabiskan masa mereka untuk shopping raya atau membuat biskut-biskut raya..semuanya sebagai persiapan untuk menyambut 1 Syawal yang bakal menjelang tiba..

Ironinya..ingin ibu putarkan kembali masa, 2 minggu sebelum kita menyambut bulan puasa dahulu..adakah persiapan kita menyambut Ramadhan sama sepertimana persiapan kita menyambut Syawal? Adakah kita juga menghabiskan wang beribu-ribu ringgit untuk menghargai kemuliaan datangnya Ramadhan kerana bulan ini juga hanya datang setahun sekali...sama seperti Syawal...malah bulan Ramadhan adalah lebih istimewa lagi kerana pada bulan tersebutlah diturunkanNya Al-Quran, setiap ibadah/kebajikan yang dilakukan akan digandakan pahala dengan sepuluh kali ganda dan terdapatnya di dalamnya malam lailatul Qadr yang mana pada malam tersebut ibadah yang dilakukan bersamaan dengan seribu bulan..

Tak kurang juga yang banyak membazir masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk menyambut Syawal sedangkan Islam tidak pernah mengajar kita untuk boros berbelanja bagi menyambut syawal tetapi lebih menyukai sifat zuhud. Semalam ibu ada melihat rancangan Jejak Rasul dan berbetulan dengan itu, mereka menyiarkan tinggalan Rasulullah S.A.W dan ibu dapat merasakan betapa zuhud dan bersederhananya Baginda Nabi S.A.W apabila ibu berpeluang melihat jubah-jubah, serban dan beberapa lagi tinggalan baginda S.A.W.

Di bawah ibu ingin kongsikan dengan belahan hati ibu ini barang-barang tersebut yang ibu download dari internet seperti mana yang ibu lihat dalam rancangan Jejak Rasul semalam...InsyaAllah

Ini adalah jubah insan mulia Rasulullah S.A.W

Ini pula adalah cop mohor Nabi Muhammad S.A.W 




No comments:

Post a Comment