BISMILLAHI RAHMANI RAHIM
Segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,
para ahlul bait dan para sahabat Baginda
yang diberkati dan dimuliakan..
Sesungguhnya ibu dengan rendah dirinya menyerah diri dan memohon keampunan daripada Allah Rabbul 'Izzati di mana rahmatNya lebih luas dari langit dan bumi. Semoga sifat Rahman dan Rahim Allah S.W.T sentiasa menaungi ibu yang tidak pernah lepas dari sebarang kesalahan dan kekhilafan. InsyaAllah.
Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. (Surah Al-Anfaal ; 30)
Ibu sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya yang sangat besar itulah maka telah dianugerahkan ibu seorang anak yang solehah dan sangat memahami walaupun usianya masih bayi. Sejak ibu mula mengandung hingga ke saat ini Zue Ain tetap menjadi anak ibu yang terbaik. Tidak pernah ibu merasakan kehadiran insan kecil ini sebagai satu beban dan menyusahka ibu..Tidak pernah sayang..tidak sekali-kali..Lantas ibu sepatutnya harus bersyukur dan berasa bertuah kerana diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk didampingi oleh insan kecil yang bernama Zue 'Ain Syahida menjadi peneman dan pelengkap dalam kehidupan ibu di dunia ini..Alhamdulillah.
Apa yang menjadi pencetus coretan hati ibu dalam entry pada kali ini adalah kerana suatu perkara yang terjadi antara ibu dan Zue Ain pada malam tadi (1.8.12 kira-kira jam 9.30pm). Suatu hal yang telah meruntun hati seorang ibu. Ini kali kedua kejadian di mana ibu dapat melihat betapa besarnya jiwa Zue Ain walaupun masih bergelar bayi. Betapa dekatnya hati seorang anak terhadap kedua ibu bapanya. Hatinya kecil tapi berjiwa besar..alhamdulillah.
KEJADIAN PERTAMA
Kejadian pertama melihatnya betapa erat dan dekatnya hati seorang anak kecil dengan ibunya ini adalah pada tahun 2011. Kejadian itu berlaku kira-kira bulan 10/11 2011 ketika itu mak saudara Zue Ain belah ayah (Mak Lang) datang ke rumah untuk bermain-main dan bersama dengan Zue Ain. Pada waktu itu waktu pagi. Ibu bercadang menyediakan sandwich sebagai sarapan pada waktu itu. Namun ibu ingin buat sandwich yang istimewa dengan meletakkan kentang yang dilecek agar sardin itu lebih terasa lemaknya dan bertambah keenakkan sarapan pada pagi itu. Nak dijadikan cerita, kentang waktu itu tiada padahal kentang biasanya selalu ada kerana setiap kali dimasakkan bubur Zue Ain maka akan dicampur dengan kentang. Oleh itu ibu pun meminta ayah Zue Ain untuk membelikan ibu kentang agar ibu dapat masukkan dalam sandwich dan dapat juga dimasukkan dalam bubur Zue Ain nanti. Tetapi apa yang mengejutkan ibu apabila ayah Zue Ain telah bertindak menghempas pintu dengan kuat padahal Mak Lang Zue Ain sedang tidur dalam bilik bersebelahan dengan pintu tersebut. Pada ketika itu Allah S.W.T saja yang tahu perasaan dan hati ibu. Ibu sangat kecewa dan sedih ketika itu kerana tindakan ayah padahal ibu cuba buat yang terbaik untuk adiknya...Oleh sebab kejadian tersebut, air mata ibu pun mengalir laju dam ibu menangis tersedu sedan..apabila Zue Ain nampak ibu dalam keadaan itu, Zue Ain turut menangis dengan sedih sekali...bila ibu mula reda Zue Ain pun reda tetapi bila esakan ibu kuat balik Zue Ain pun menangis dengan kuat juga...Pada ketika itu ibu sangat merasakan betapa dekatnya hati ibu dan Zue Ain, betapa erat dan mulianya perhubungan darah yang teerjalin..terima kasih anak ibu kerana amat memahami dan sentiasa bersama ibu sangat suka dan suka..Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah kerana telah menghadirkan anak kecil ini sebagai penyeri dan menjadi penguat semangat ibu selama ini.
KEJADIAN KEDUA
Kejadian kedua berlaku ketika ibu mengemas rumah kerana insyaAllah kita akan berpindah ke rumah baru selepas raya ini..InsyaAllah..ketika itu, ibu sedang mengemas semua buku-buku dan album-album lama..Maka ibu pun terpandang akan sebuah album yang menempatkan gambar-gambar perkahwinan ibu dengan ayah Zue Ain..Pada saat ibu membuka album tersebut Zue Ain terus menunjuk-nunjuk gambar ayah sambil menyebut.."ayah..ayah..ayah..." kemudian tunjuk gambar ibu dan menyebut "ibu..ibu..ibu" begitulah Zue Ain dari helaian ke helaian dan ibu pun terperasan ketika itu mata Zue Ain bergenang dan raut wajah Zue Ain seperti mahu menangis ketika menyebut ''bu..ayah..ayah..", "bu..ayah...ayah"..hati ibu sangat tersentuh. Ternyata ikatan antara anak dan ayah sangat kuat walaupun baru beberapa kali ayah menjenguk Zue Ain sejak ibu bercerai dengan ayah pada 19.12.2011 dahulu..Alhamdulillah..ibu tidak pernah mahu menyekat atau menghalang akan ikatan suci tersebut kerana dia tetap ayah Zue Ain walau siapapun dirinya kepada ibu. Ibu tetap mahu ayah Zue Ain menjadi seorang yang bertanggungjawab dan tidak melupakan amanah yang dikurniakan Allah S.W.T kepadanya dan ibu juga tidak mahu Zue Ain melupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan untuk ayah Zue Ain hingga nyawa dikandung badan..insyaAllah.
Apa yang ibu cuba sampaikan disini ialah betapa eratnya ikatan batin antara seorang anak dengan ibu atau ayahnya walaupun berada jauh dimata. Dengan itu, ibu ingin menghulur sepuluh jari dan memohon maaf dari anak ibu ini dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai Zue Ain menyalahkan ibu kerana telah memisahkan Zue Ain dengan ayah...Tapi sayang ingatlah..tiada seorang ibu ingin sesuatu yang buruk terhadap anaknya. Apa yang ibu lakukan semuanya kerana ibu memikirkan kebaikan Zue Ain sendiri di dunia dan akhirat dan juga kerana ibu ingin mengelakkan sesuatu perkara yang lebih mudarat berlaku ke atas keluarga kita..dalam satu kaedah usul fiqh ada menyebut ( )...InsyaAllah..semoga Allah S.W.T mengampunkan segala dosa ibu andainya ibu tersilap perhitungan selama ini..Hanya pada Allah ibu tempat ibu bertaubat dan pada Zue Ain ibu sekali lagi ingin memohon ampun dan maaf kerana telah memisahkan seorang anak dengan ayahnya. Walauapapun ibu cuba berikan yang terbaik buat Zue Ain dunia dan akhirat dan semoga harapan ibu dan ayah ketika mengandung dan melahirkan Zue Ain tercapai iaitu untuk menjadikan Zue Ain Syahida bt. Muhamad Syamsyul Rizal sebagai seorang HAFIZAH YANG BERTAQWA..InsyaAllah..
![]() |
| Zue Ain pakai tudung Mok Ja masa balik cuti sekolah pada 10.6.12 |
Love,
Ibumu Shahra

No comments:
Post a Comment