Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran, jika tidak Allah akan melantik raja yang zalim memerintah kamu, dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda, di waktu itu, doa orang alim pun tidak akan di terima Allah. Kamu meminta bantuan tapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkan mu!"
(Hadis di atas ini ibu amik dari seorang yang meng'uploadkan' selawat dari youtube yang bertajuk SELAWAT JIBRIL DAN ZIKIR..namun malang sekali ibu tidak dapat mencari dari siapa matan hadis itu telah disampaikan..maafkan ibu atas segala kekurangan dan kelemahan ibu..maka dengan itu ibu memohon ampun dari Allah andainya hadis di atas adalah sebuah hadis yang dhaif & palsu)
Ibu mulakan kisah tentang insan yang bernama Mustafa Kamal Ataturk yang terkutuk ini dengan hadis nabi seperti di atas kerana ibu ingin menggambarkan betapa umat terakhir pada zaman pemerintahan khalifah turki uthmaniyyah ketika itu mengalami kebejatan agama yang serius. Masyarakat pada ketika itu banyak yang sudah tidak suka lagi kepada kehidupan beragama. Saling menasihati ke arah kebaikan seperti mana yang difirmankan Allah dalam surah Al 'Asr telah lama di pandang sepi oleh kebanyakan rakyatnya. Banyak yang telah terpesona dengan kehidupan materialik dan fahaman hedonisme. Oleh yang demikian ibu berpendapat hadis nabi seperti di atas telah menjadi kenyataan dengan lahirnya seorang pemimpin yang bernama Mustafa Kamal Ataturk yang terkutuk yang mendapat jolokan Bapa Sekularisme Turki. Seorang lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang
membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi
kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila
dunia menjadi matlamat.
No comments:
Post a Comment