7.5.12; Mon- Hari ini ibu nak citer progress anak ibu ni mengaji al-quran...alhamdulillah, kalu dulu anak ibu ini ikut ibu baca sekerat je..mungkin sampai 'THA' atau 'SA' pastu da brenti baca..tapi kini alhamdulillah Zue Ain da dapat baca habis dari 'A' sampai 'YA'...
TEKNIK
Antara teknik yang ibu gunakan ialah pertama2 sekali ialah banyakkan bersabar..sesungguhnya mengajar anak kecil mengaji apatah lagi puteri ibu ni umurnya tak sampai pun lagi 2 tahun..pada umur ketika ini, Zue Ain masih lagi suka bermain dan ibu pun kena la melayan Zue Ain main sambil baca 'A' sampai 'YA' dengan menggunakan flash card. Yang penting Zue Ain mesti tgk huruf2 yang ibu sebutkan supaya Zue Ain dapat mengenal semua huruf2 hijaiyyah itu dengan baik..insyaAllah...
MASA
Kebiasaannya ibu akan mengajar Zue Ain pada waktu malam sebelum Zue Ain tido...kerana pada masa ini suasananya lebih tenang...sejuk..apatah lagi hanya ada kta berdua dan tiada gangguan luar seperti bunyi televisyen, kereta @ motor yang lalu lalang kerana kita belajar dalam bilik ibu yang berhawa dingin..semoga suasana itu benar2 kondusif bagi memudahkan anak ibu ini dapat belajar mengaji seoptima yang mungkin..InsyaAllah..
GELAGAT
Erm....budak2 biasa la...mesti ada pelbagai karenah mahupun yang mencuit hati ataupun yang sebaliknya..tetapi sebagai ibu semua itu harus ditangani dengan bijak apatah lagi yang ibu cuba ajarkan ini ialah Kalamullah...maka mendidik puteri ibu ini perlulah dengan penuh hikmah dan kasih sayang..InsyaAllah berkesan...Antara gelagat Zue Ain ialah..
1. Biasanya mula2 baca ikut ibu tu laju je tapi entah mengapa sampai huruf 'DHZAL' mesti Zue Ain x nak ikut n kata 'x mo'...'x mo' sambil berbaring n menggeliat x nak baca..(adakah cara sebutan huruf itu susah???) tapi ibu tetap sebut 'DHZAL'....'DHZAL'...'DHZAL' sambil menepuk pampers Zue Ain buat macam main2 terkejut..then Zue Ain pun ikut balik...then buat lagi macam tu kat huruf 'HA' dan 'LA'..huhuhu
2. Kadang2 sambil baca Zue Ain nak main bola...so kena tunggu la...main dulu bola dengan Zue Ain..then sambung balik...
3. Kadang2 Zue Ain nak pegang flash card tu baru nak sebut..sebab biasanya ibu yang pegang flash card tu sebab bila dapat kat Zue Ain maka akan dimakannya la kad tu x pun akan direnyuk2 kad tu..huhu
4.Supaya memudahkan Zue Ain dan ibu dapat sebati dengan Al-Quran maka setiap kali kita tido bersama, ibu akan mengalunkan ayat-ayat Al-Quran sebagai peneman malam2 kita berdua..InsyaAllah akan diteruskan sampai bila2.
Ni la antara cara yang dapat ibu kongsikan...sekarang Zue baru 1 tahun 7 bln..Ibu belum lagi menguji bacaan Zue Ain dan lihat samada Zue Ain dapat baca atau tidak jika ibu hnya menunjukkan kad dan biarkan Zue Ain baca sendiri...mungkin ibu agak terlewat mengajar Zue Ain baca Al-Quran kerana ibu lihat banyak ibu bapa sudah mengajar anak mereka sebelum anak mereka berumur 6 bln lagi...untuk itu ibu memohon maaf pada Zue Ain atas kelewatan tersebut...sesungguhnya ibu khilaf...namun begitu Rasulullah tidak pernah mengajar kita untuk terlewat melakukan sesuatu perkara...biar lewat daripada langsung tidak mencuba..InsyaAllah...
love,
Ibumu Shahra

No comments:
Post a Comment