Sunday, 24 June 2012

Thundercat cartoon...Emric

25.6.12; Mon - Erm..arini ibu nak cerita pada zue ain pasal satu cerita kartun yang ibu tgk pada 7.00pm hari jumaat/ sabtu yang lalu... satu cerita kartun yang bersahaja tetapi dapat memberi kesan mendalam pada diri ibu...

SINOPSIS
bagaimana untuk ibu mulakan ek..ermm....
cerita itu sebenarnya berkisar tentnng sekumpulan thundercat yang tersesat di dalam hutan lalu terjumpa sekumpulan tumbuhan kenit yang boleh berjalan yang turut mencari jalan keluar dari hutan tersebut.

tapi ape yang menariknya..tumbuhan itu hanya dapat hidup sekejap sahaja iaitu hanya dua tiga jam dalam masa thundercat tetapi bagi tumbuhan tersebut ia telah hidup terlalu lama hingga ke akhir usianya..

BEGINI CERITANYA
Erm..beginilah lebih kurang ceritanya...pada pertama sekali dia (tumbuhan yang bernama Emrick) terjumpa thundercat dia masih lagi seorang kanak-kanak lalu dia telah ditangkap oleh seekor burung yang besar lalu menerbangkannya..apabila thundercat mengejarnya dalam dua tiga langkah akhirnya tumbuhan tersebut telah jatuh kerana telah dilepaskan oleh burung tersebut NAMUN tumbuhan itu telah berubah menjadi seorang yang dewasa..dan ketika mereka sedang sibuk mencari jalan keluar dan terjumpa jalan keluar lalu tumbuhan tersebut telah menjadi tua dan meninggal dunia...dan semua itu perkara itu bagaikan sudah terlalu lama bagi tumbuhan tersebut tetapi masih baru beberapa jam bagi thundercats...

begitu jugalah dengan dunia ini...sebenarnya hidup ini adalah terlalu singkat tetapi hanya kita yang merasakan ia begitu panjang dan lama..tapi hakikatnya...


kerana itulah sering kita semua dengar bahawa hidup ini adalah singkat maka perbanyakkanlah taubat dan ibadah kepada Allah s.w.t kerana kita tidak tahu bila, di mana danbagaimana kehidupan kita akan berakhir...dan sebagaimana sabda nabi rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara seperti mana yang diriwayatkan oleh Al-hakin dan Baihaqi...




KESIMPULAN


Hanya kita sahaja yang merasakan hidup ini sebenarnya lama dan panjang sama seperti Emrick tadi namun sebenarnya mungkin hidup kita ini sebenarnya beberapa detik sahaja di sisi Allah...kerana kita perlu ingat sehari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia ini..mungkinkah kita dapat hidup seribu tahun di dunia ini??? mustahil...maka kita sebenarnya hidup tidak sampai pun sehari..beberapa detik sahaja mungkin....HIDUP INI SINGKAT...jadi janganlah sombong dan takbur dan berbuat baiklah sayang...ibu sentiasa mendoakan Zue Ain selamat duani dan akhirat..Ameen Ya Rabb...

Inilah link kartun tersebut..

http://www.cartoonnetwork.com/tv_shows/thundercats/video/index.html?episodeID=8a250ab0

Love,
Ibumu


No comments:

Post a Comment